Suzuki NEX II diperkenal di Indonesia – dari RM3,913

Suzuki NEX II diperkenal di Indonesia – dari RM3,913

April lalu, skuter terbaru Suzuki iaitu NEX II sudah diperkenalkan di pasaran Indonesia, namun cuba baru kini harganya dikeluarkan. Ditawarkan dalam beberapa variasi, NEX II ini boleh didapati oleh pengguna di sana pada harga bermula Rp13,950,000 (RM3,913) hinggalah RP14,650,000 (RM4,109).

Harga ini nampak agak menarik kalau ditukarkan terus kepada mata wang Ringgit Malaysia, dan ia adalah kerana NEX II adalah sebuah skuter permulaan dan disasarkan supaya mampu milik. Suzuki NEX pertama dulu juga pernah dilancarkan di Malaysia, pada tahun 2012, dengan harga RM4,218.

Suzuki NEX II diperkenal di Indonesia – dari RM3,913

Suzuki NEX II dikuasakan oleh enjin satu silinder SOHC 113 cc, bersama padanan transmisi CVT dan juga sistem suntikan bahan api kawalan elektronik. Beratnya cuma 113 kg, dan di hadapan menggunakan brek cakera manakala belakang menggunakan brek jenis dram. Tangki bahan api adalah berkapasiti 3.6 liter.

Beza utama antara semua varian NEX II yang ditawarkan oleh Suzuki di Indonesia ini adalah warna, tetapi untuk versi yang lebih tinggi, ia ditambah lagi dengan ciri seperti lampu utama LED, pengecas USB, jalur hiasan pada badan, pelindung meter, pengecas USB dan juga jalur pelekat di rim.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required