Tiada lagi bidaan nombor plat khas NGO selepas ini

Tiada lagi bidaan nombor plat khas NGO selepas ini

AppleMark

Menteri Pengangkutan yang baru, Anthony Loke di dalam sebuah sidang media hari ini menyatakan tidak akan ada lagi bidaan untuk nombor plat khas yang akan dibenarkan kepada mana-mana NGO. Hal ini berkuatkuasa serta-merta, lapor The Star.

“Memang betul kementerian mempunyai kuasa untuk ini, tetapi amalan berkenaan akan tamat di sini,” ujar beliau. “Mulai dari sekarang, semua pembelian nombor plat mesti dilakukan melalui JPJ, tanpa apa-apa pengecualian. Ini merupakan pendapatan kerajaan dan kita berhasrat untuk mengutip semuanya sendiri,” tambahnya lagi.

Nombor plat khas UP adalah penawaran terbaru yang dibuka kepada umum. Berkaitan proses bidaan, Loke menjelaskan beliau telah mengarahkan JPJ untuk mewujudkan satu sistem e-bidaan untuk menggantikan sistem manual sedia ada.

“Ketika ini, anda perlu hadir untuk membida sesetengah nombor di pejabat JPJ di negeri-negeri tertentu. Kami berharap agar dapat melancarkan sistem atas talian pada Januari 2019, yang akan membolehkan pemilik kenderaan membida nombor khas dengan lebih mudah,” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

 

Add a comment

required

required