Satu lagi siri plat nombor pendaftaran kenderaan yang menarik bakal kelihatan di jalan raya, kali ini giliran UP atau bermaksud ‘Unique Plates’.

Dibuka untuk semua rakyat Malaysia dan organisasi yang berminat, siri plat UP ini dari angka 1 hingga 999. Ia telah didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengutip dana untuk Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA). Dana yang dikutip dari jualan siri plat ini akan disalurkan ke MABA sebagai sokongan terhadap program bola keranjang dan para pemainnya pada masa akan datang, menurut agensi yang menguruskannya.

Klik untuk besarkan

Bidaan minimum bagi UP 1 ialah RM20,000 dan kebanyakan digit tunggal pula melibatkan bidaan minimum sebanyak RM100,000, kecuali UP 4, yang bermula dari RM50,000. Beberapa nombor yang disenaraikan termasuklah UP 13 dengan nilai RM15,000, UP 18 (RM30,000) dan UP 23 (RM28,000) yang telah dibida. Bidaan bagi nombor normal pula bermula RM500.

Siri UP ini bakal menyertai GG, SAM, K1M, T1M, RIMAU, US, NBOS, NAAM, VIP, G, GT, U, Y, PERFECT dan PATRIOT yang telah pun kelihatan pada kenderaan di jalan raya kita.