Plat nombor siri khas ‘T1M’ mula dibida 20 Nov ini

Plat nombor siri khas ‘T1M’ mula dibida 20 Nov ini

Satu lagi nombor pendaftaran siri khas telah diperkenalkan iaitu ‘T1M’ yang membawa maksud Transformasi 1 Malaysia. Ia selaras dengan misi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dan pihak kerajaan yang sedang melaksanakan pelbagai usaha Transformasi Nasional 2050.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memberi kelulusan kepada Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, untuk menguruskan penjualan 1000 unit nombor siri khas tersebut.

Bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan ‘T1M’ akan dibuka secara rasmi pada 20 November 2017 sehingga 2 Disember 2017, bermula ‘T1M’ 1 hingga ‘T1M’ 1000. Orang ramai boleh mendapatkan borang bidaan melalui laman web www.platt1m.com.

Bagi pembida yang berjaya, tempoh pendaftaran adalah sehingga 30 Julai 2018 dan, semua proses pendaftaran hanya boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ cawangan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.

Difahamkan, sebagai permulaan, nombor plat ‘T1M 1’ dibuka dengan harga bidaan RM180,000 dan menjangkakan nombor pendaftaran ini dan nombor berdigit tunggal akan menjadi rebutan ramai.

Hasil jualan nombor pendaftaran khas ‘T1M’ ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, bagi melaksanakan usaha transformasi anak muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

Antaranya program pembangunan modal insan yang sangat penting untuk dilaksanakan, kerana situasi masalah sosial dikalangan remaja, masa kini sangat membimbangkan.

Malah Perdana Menteri turut dijangka akan melancarkan T1M pada 19 November ini di Pekan, Pahang.

Sebelum ini, beberapa plat nombor siri khas telah mendapat sambutan dan perhatian, ini termasuklah ‘VIP’, ‘Y’, ‘G’, ‘NAAM’, ‘US’, ‘PERFECT’, ‘GT’, dan ‘RIMAU’.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required