UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan panggilan semula terhadap model Toyota Alphard dan Vellfire, bertujuan untuk mengemaskini unit kawalan elektronik (ECU) bagi sistem parkir brek elektrik (EPB) kedua-dua model terbabit.
Hampir 1,900 unit MPV berkenaan, yang dikilangkan dari April 2016 hingga Februari 2018 yang diedarkan oleh UMW Toyota terlibat di dalam kempen ini. Masalah yang berlaku ialah pada program ECU terbabit yang tidak stabil.
Ada kemungkinan akan berlakunya pengurangan voltage ketika enjin dihidupkan semula selepas idle atau melahu boleh dinilai sebagai tidak normal sekiranya bateri mengalami pengyusutan kuasa. Jika ini berlaku, lampu amaran akan menyala dan sistem EPB mungkin tidak akan beroperasi.
UMWT akan memaklumkan pemilik kenderaan yang terlibat secara rasmi untuk mengemaskini unit berkenaan secara percuma. Proses itu hanya akan mengambil masa kira-kira sejam. Pemilik kenderaan yang terlibat boleh menghubungi pusat servis bertauliah Toyota atau gunakan VIN untuk memastikan status kenderaan mereka.

Toyota Yaris Cross
dari RM 99,900
Toyota Hilux
dari RM 226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM 198,000
Toyota bZ4X
dari RM 220,000
Toyota GR Yaris
dari RM 315,600
Toyota GR Corolla
dari RM 368,950
Toyota Camry
dari RM 221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM 133,800
Toyota Hiace
dari RM 169,000