MAA: Jualan kenderaan bulan April 2018 turun 5.8%

MAA: Jualan kenderaan bulan April 2018 turun 5.8%

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) di dalam laporan jualan kenderaan bulanan terbarunya telah mengumumkan statistik terkini bagi bulan April 2018; secara keseluruhannya, sebanyak 47,089 unit kenderaan didaftarkan, menurun 2,896 unit atau 5.79% berbanding bulan Mac.

MAA menyatakan bahawa hal ini disumbangkan oleh sikap pembeli yang mengambil pendekatan untuk tunggu-dan-lihat berikutan Pilihanraya Umum Ke-14 yang berlangsung awal Mei lalu.

Jualan bagaimanapun meningkat jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu, naik 4,343 unit atau 10.16% berbanding April 2017. Bagi angka jualan tahunan setakat ini pula, sebanyak 182,229 unit sudah terjual, kurang 0.74% daripada 183,586 unit yang direkodkan tahun lalu.

Bagi bulan Mei, MAA menjangkakan angka jualan akan meningkat berikutan harga kenderaan yang lebih murah, selari dengan pengumuman kerajaan untuk menjadikan GST pada kadar sifar. Ini ditambah pula dengan promosi sempena Hari Raya Aidilfitri.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required