SYM Sport Rider 2018 dalam warna baru – RM5,542

SYM Sport Rider 2018 dalam warna baru – RM5,542

Model kapcai yang diedarkaan oleh MForce Bike Sdn Bhd, SYM Sport Rider 125i kini menerima pilihan warna baru bagi penawarannya di Malaysia. Tiga warna berkenaan – merah, biru dan kuning – turut hadir dengan rekaan grafik yang diperbaharui.

Harga jualannya ialah RM5,542, naik sedikit berbanding harga tanpa GST sebelum ini, iaitu RM5,123. Menggunakan enjin 123 cc silinder tunggal dengan dua injap SOHC, yang menjana sebanyak 9.5 PS pada 8,000 rpm dan 10.8 Nm tork pada 5,500 rpm. Enjin berkenaan mengikuti piawaian Euro 3 dan menggunakan sistem suntikan minyak. Transmisi dari jenis empat-kelajuan manual.

Lampu kini menggunakan unit LED kesemuanya, termasuk lampu isyarat dan DRL – sesuai dengan tahap harga jualan yang dikenakan. Sementara itu, tangki minyak berkapasiti 4.2 liter, dengan ruang barangan yang terletak di bawah tempat duduk.

Suspensi depan menggunakan fork teleskopik, dengan sepasang penyerap hentak tradisional di bahagian belakang kini menampilkan ciri larasan boleh ubah untuk bebanan. Set sistem brek pula adalah dari jenis cakera hidraulik untuk bahagian depan dengan kaliper dua piston, sementara di belakang menggunakan jenis dram.

Kapcai SYM Sport Rider 125i 2018 di dalam penampilan terbaru yang lebih segar ini akan mula beredar melalui pengedar sah SYM minggu ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required