Harga RON 95 dan diesel kekal, hanya RON 97 diapungkan mengikut pasaran semasa – Kerajaan

Harga RON 95 dan diesel kekal, hanya RON 97 diapungkan mengikut pasaran semasa – Kerajaan

Selepas mesyuarat kabinet yang berlangsung pagi tadi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan bahawa harga bahan api RON 95 dan diesel akan terus pada kadar terkini manakala untuk RON97 pula akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.

Ini bermaksud bahawa petrol RON 95 akan kekal pada harga RM2.20 seliter dan diesel Euro 2M pula kekal pada harga RM2.18 seliter, begitu juga diesel Euro 5 dijual pada harga RM2.28 seliter.

Sementara itu untuk petrol RON 97, ia kini dijual pada harga RM2.47 seliter, namun bila ianya akan diapungkan dan dilaras mengikut harga pasaran semasa belum lagi dinyatakan. Berbeza dengan RON 95, RON 97 juga dijual dengan 6% GST – bermaksud ia mungkin akan dijual pada harga RM2.33 seliter setelah GST dikadarkan pada 0% bermula 1 Jun ini.

Sebelum Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara, harga bahan api di Malaysia berubah setiap minggu dan ditetapkan berdasarkan harga pasaran minyak dunia. Kali terakhir harga tersebut berubah adalah pada minggu keempat bulan Mac dengan kenaikan 10 sen seliter untuk semua jenis bahan api, dan selepas itu ia dilihat kekal sehingga berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-14, 9 Mei lalu.

Pada 17 Mei, Tun Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan baharu pimpinannya menghentikan sistem apungan mingguan berkenaan yang telah dimulakan sejak Mac 2017 dengan menyatakan ia tidak bagus untuk pengguna dan juga pengusaha stesen minyak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required