BMW X5 G05 – SUV generasi keempat diperkenalkan

BMW X5 G05 – SUV generasi keempat diperkenalkan

BMW X5 kini sudah masuk generasi yang keempat, dan model barunya kini menggunakan kod nama G05. Ia akan memasuki pasaran Amerika Syarikat pada bulan November ini dan semakin besar berbanding model generasi F15. Panjangnya bertambah 36 mm menjadi 4,922 mm, lebar bertambah 66 mm menjadi 2,004 mm, tinggi naik 19 mm kepada 1,745 mm dan jarak roda semakin panjang 42 mm menjadi 2,975 mm.

Pada bahagian depan, memang jelas ia adalah sebuah X5, tetapi dari belakang, ia kelihatan seperti sebuah Audi ataupun SUV Korea. Gril hadapan yang besar pada kenderaan ini bercantum sedikit di bahagian tengah, dan lampu standard yang diberi adalah unit LED Adaptive. Lampu BMW Laserlights dengan elemen berwarna biru dalam lampu itu pula disediakan sebagai pilihan tambahan.

X5 G05 ini akan ditawarkan dalam dua variasi iaitu xLine dan M Sport seperti di dalam gambar. Model xLine biasa datang dengan gril berwarna aluminium matte, pelindung di bawah kenderaan, rel bumbung, kemasan aluminium satin di keliling tingkap serta kemasan beberapa bahagian lain berwarna krom.

BMW X5 G05 – SUV generasi keempat diperkenalkan

Model M Sport pula menerima tambahan kemasan di bahagian lengkuk roda, bampar, pelindung bawah badan di belakang dan side skirt yang berwarna sama dengan badan. Versi yang lebih sporty juga menerima kemasan keliling tingkap dan rel bumbung warna hitam. Rim standard bersaiz 19 inci, manakala M Sport meningkat kepada 20 inci. pengguna juga boleh memilih rim 22 inci untuk G05 ini.

Semasa pelancaran nanti, SUV ini akan ditawarkan dalam empat pilihan enjin iaitu V8 petrol untuk X5 xDrive50i, petrol enam silinder untuk X5 xDrive40i dan dua enjin diesel enam silinder lain untuk X5 M50d dan the X5 xDrive30d. Semua enjin turbo ini menampilkan teknologi perawatan gas ekzos terkini yang termasuk penapis gasolin dan SCR catalyst, dan mematuhi tahap EU6d-Temp. Transmisi pula semuanya menggunakan unit automatik lapan kelajuan Steptronic.

Enjin 4.4 liter V8 yang digunakan pada model ini diperbaharui dari segenap aspek, dan antara yang paling menjadi perhatian adalah turbo yang terletak di tengah lurah V. Ia juga menggunakan rekaan plat haba dan sistem nyalaan baru yang membenarkan enjin ini menjadi lebih lancar dan cepat untuk dihidupkan semula dalam mod auto start/stop. Model X5 xDrive50i yang menggunakan enjin ini akan mempunyai 462 hp dan 650 Nm tork antara 1,500 hingga 4,750 rpm, berserta kemampuan memecut 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat.

BMW X5 G05 – SUV generasi keempat diperkenalkan

Melihat kepada enjin enam silinder 3.0 liter yang digunakan pada X5 xDrive40i pula, ia boleh menghasilkan kuasa 340 hp dan 450 Nm tork antara 1,500 hingga 5,200 rpm. Pecutan 0-100 km/j juga masih agak pantas, iaitu dalam masa 5.5 saat.

Sistem AWD xDrive pada X5 ini juga menerima sistem kawalan yang lebih cekap, bersama pembahagian kuasa yang lebih kepada roda belakang. Pengunci differential pada gandar belakang pula menjadikan ia lebih dinamik dengan kelincahan, cengkaman dan stabiliti yang lebih baik apabila memecut keluar daripada selekoh.

X5 G05 ini juga adalah model X BMW pertama yang didatangkan dengan pakej Off-Road. Dalam pakej ini terdapat suspensi udara dua gandar, pelindung bahagian bawah di depan, serta paparan yang lebih spesifik pada panel instrumen bersama kawalannya. Empat mod pemanduan disediakan dan ia akan mengubah ketinggian kenderaan serta tindak balas xDrive, DSC, transmisi dan pendikit.

BMW X5 G05 – SUV generasi keempat diperkenalkan

Dynamic Damper Control diberikan secara standard, dan sistem casis baru yang termasuk suspensi udara dua gandar (menawarkan pelarasan tinggi sehingga 80 mm), Integral Active Steering dan Adaptive M suspension Professional dengan penstabil olengan aktif disediakan buat pertama kalinya pada model X BMW.

Papan pemuka yang lebih ringkas dan moden pula menampilkan buat kali pertamanya konsep paparan dan kawalan BMW Live Cockpit Professional (secara standard). Sistem iDrive yang digunakan disambung kepada panel instrumen digital sepenuhnya dan panel kawalan Control Display bersaiz 12.3 inci boleh digunakan sama ada melalui butang, kawalan suara ataupun pergerakan. Head-up display juga lebih besar – 7 x 3.5 inci.

Menambahkan keselesaan dalam kenderaan, X5 G05 didatangkan dengan fungsi mengurut, pengawal suhu empat zon, perehat tangan dengan ciri pemanas, tempat cawan dengan fungsi pemanas/penyejuk, bumbung kaca 23% lebih besar, pakej Ambient Air, sistem bunyi Bowers & Wilkins, sistem hiburan di belakan dengan skrin sesentuh 10.2 inci, iDrive Controller, butang start/stop dan pilihan tombol gear kaca.

BMW X5 G05 – SUV generasi keempat diperkenalkan

Turut boleh didapati adalah pengecas tanpa wayar, BMW Display Key, lampu suasana yang dinaik taraf dengan Welcome Light Carpet dan Dynamic Interior Light yang mempunyai penyalaan seperti denyutan di panel instrumen (apabila menerima panggilan telefon) dan panel pintu (apabila pintu terbuka waktu enjin hidup).

Untuk sistem bantuan pemandu, ia serba lengkap dengan termasuk Driving Assistant Professional bersama Active Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, Steering and Lane Control Assistant, Lane Change Warning dan Lane Departure Warning, Side Collision Protection, Evasion Aid, Crossing Traffic Warning, Priority Warning dan Wrong-Way Warning. Buat pertama kali juga, ia boleh didapati dengan Emergency Stop Assistant yang boleh membrek dan mengawal stereng jika perlu.

X5 baru ini boleh didapati dengan lima tempat duduk atau dua tambahan lagi untuk menjadikan kesemuanya tujuh tempat duduk, bersama barisan kedua yang boleh dicondongkan ke hadapan secara elektronik. Sistem pilihan Comfort Access membolehkan pengguna membuka penutup but tanpa sebarang sentuhan dan ia juga mempunyai penutup bahagian kargo yang menggunakan kuasa elektrik. Ruang simpanan di belakang mempunyai kapasiti antara 645 liter hingga 1,860 liter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required