Bumbleebee akan kembali sebagai Volkswagen Beetle Type 1 dalam siri filem terbaharu Transformers

Bagi mereka yang lahir pada era 70’an dan 80’an, pasti telah terpahat dalam hati bahawa watak Bumbleebee dalam siri animasi Transformers generasi pertama (G1) adalah sebuah Volkswagen Beetle Type 1, dan bukan Chevrolet Camaro seperti filem-filem live action TF yang diarahkan oleh Micheal Bay.

Menerusi trailer terbaharu yang dikeluarkan Paramount Pictures bertajuk “Bumblebee”, nampaknya impian mereka yang mahu melihat Bumblebee asli beraksi akan tercapai tahun ini. Filem ini merupakan filem keenam dalam siri filem Transformers dan dihasilkan dalam bentuk spin-off, menceritakan peristiwa pada tahun 1987, atau 20 tahun sebelum apa yang terjadi pada filem pertama Transformers.

Menurut sinopsis, filem ini mengisahkan Bumbleebee yang tiba di bumi sebagai pelarian dan bersembunyi di sebuah tapak pelupusan, kemudian ditemui oleh seorang remaja perempuan bernama Charlie Watson (lakonan Hailee Steinfeld) dan membawanya pulang.

Watson kemudian menyedari Volkswagen Beetle tersebut sebenarnya sebuah robot Transformers dan selepas itu mereka diburu oleh agensi kerajaan dikenali sebagai Sector Seven. Lebih teruk, mereka juga mengetahui bahawa bukan hanya Bumblebee Transformers yang berada di bumi, sebaliknya terdapat juga robot lain dari pihak lawan.

Filem ini diarah oleh Travis Knight adan ditulis oleh Christina Hodson, manakala Micheal Bay masih lagi bertindak sebagai produser. Ia dijangka akan mula ditayang pada Disember tahun ini. Amacam? Tak sabar nak tengok? Kalaulah seluruh Transformers G1 ini diterjemahkan dalam filem aksi sebenar, penulis sendiri teruja nak tengok Ironhide yang bertukar menjadi van Nissan Vannete C20!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required