Hafizh Syahrin terus bersama Tech3 tahun hadapan

Hafizh Syahrin terus bersama Tech3 tahun hadapan

Ini satu berita yang ditunggu ramai. Pasukan Monster Yamaha Tech3 akhirnya melengkapkan pasukan baru mereka untuk musim 2019 setelah membuat pengumuman akan terus menggunakan khidmat Hafizh Syahrin sebagai pelumba.

Kontrak yang ditandatangani antara Monster Yamaha Tech3 dan Hafizh Syahrin adalah untuk selama satu tahun sebagai permulaan dan ini bermakna tahun hadapan beliau akan berlumba menggunakan jentera KTM RC16 bersama Johann Zarco, Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) dan Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo).

“Sejak Hafizh berlumba menggunakan motosikal MotoGP kami, ia telah menjadi seperti satu mimpi, setiap hari, sebab beliau sangat laju dan lebih laju berbanding jangkaan ramai orang. Kami bangga dengan apa yang beliau lakukan. Saya tahu ia adalah satu pencapaian yang tinggi untuk seorang rakyat Malaysia, berlumba dalam MotoGP, tapi beliau juga mempunyai karekter yang sangat istimewa,” kata pengurus pasukan Monster Yamaha Tech3, Hervé Poncharal.

Hafizh Syahrin terus bersama Tech3 tahun hadapan

Berita ini juga sekaligus melenyapkan khabar sebelum ini bahawa akan terdapat satu pasukan MotoGP sendiri Malaysia yang berkemungkinan melibatkan kerjasama antara SIC Racing dengan Petronas. Kini Hafizh yang berusia 24 tahun sudah mempunyai pasukan rasmi untuk tahun hadapan dan diharap dapat terus menunjukkan prestasi yang baik.

“Pertama sekali, saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Hervé kerana mempercayai saya dan memberi peluang untuk kekal bersama keluarga Tech3 dan dalam masa sama menyertai juga keluarga KTM. Saya juga mahu menyatakan terima kasih kepada pengurus saya, Datuk Razlan yang membantu saya mencapai mimpi untuk berlumba dalam kelas MotoGP. Saya akan bekerja keras untuk tahun 2019 dan akan mempersiapkan diri dengan lebih baik,” tambah Hafizh.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required