APAD ganti SPAD – agensi baharu bakal ditubuhkan

APAD ganti SPAD – agensi baharu bakal ditubuhkan

Seperti mana yang dikhabarkan sebelum ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sah dibubarkan. Malah fungsi dan peranannya diserapkan semula kepada Kementerian Pengangkutan. Berikutan itu, kementerian terbabit akhirnya membuat keputusan untuk mewujudkan entiti baharu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang diketuai ketua pengarah bagi melaksanakan fungsi dan dasar pembangunan sektor pengangkutan darat di negara ini, laporan Bernama.

Menurut menterinya Anthony Loke Siew Fook, penubuhan APAD yang dipersetujui dalam mesyuarat kabinet semalam merupakan hala tuju kementerian selepas pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembubaran SPAD pada pertengahan Mei lalu.

Katanya, APAD akan berperanan dalam perancangan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat khususnya berkaitan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan sistem bas.

“Bagi mengelakkan pertindihan fungsi penguatkuasaan pengangkutan darat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diberi kuasa untuk melaksanakan fungsi penguatkuasaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Fungsi sedia ada SPAD yang melaksanakan penguatkuasaan dan penyediaan perkhidmatan di kaunter akan dialihkan kepada JPJ bagi melaksanakan kedua fungsi ini. Maka, tiada kaunter berasingan JPJ dan SPAD selepas penstrukturan,” katanya dalam sidang media di kementeriannya, semalam.

Loke juga berkata urusan dengan SPAD masih berjalan seperti biasa sehingga Akta SPAD dimansuhkan di Parlimen yang akan bersidang bulan depan.

“Ramai masih keliru dan berpandangan bahawa SPAD dibubarkan dan tiada penguatkuasaan serta saman tidak perlu bayar. Itu adalah tidak tepat kerana SPAD masih wujud hari ini sehingga Akta SPAD dimansuhkan di Parlimen,”katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required