JPJ arah pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu supaya segera kemaskini alamat terkini

JPJ arah pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu supaya segera kemaskini alamat terkini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkan orang ramai untuk mengemaskini alamat kediaman terkini dengan kadar segera. Menurut kenyataan media yang diedarkan, arahan ini adalah berdasarkan kepada subseksyen 58A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Subseksyen berkenaan mewajibkan tiap-tiap pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor atau pemegang lesen memandu yang bertukar alamat rumah di Malaysia, dikehendaki memaklumkan pertukaran tersebut dalam tempoh dua bulan dari pertukaran itu. Menurut JPJ, kegagalan berbuat demikian atau memberikan alamat yang tidak lengkap atau betul, dianggap sebagai suatu kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mengemaskini maklumat dan alamat kediaman terkini di mana-mana pejabat JPJ negeri, cawangan dan UTC di seluruh negara secara percuma. Bagi yang memiliki ID mySIKAP awam, boleh berbuat demikian secara atas talian tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ.

Untuk itu, JPJ turut menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dan mendapatkan ID mySIKAP awam bagi memudahkan pelbagai urusan yang berkaitan dengan JPJ.

Arahan ini dikeluarkan sebagai salah satu cara JPJ membantu syarikat pengeluar kenderaan mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dengan panggilan balik untuk menukar beg udara tetapi masih gagal berbuat demikian ekoran tidak mengemaskini maklumat yang diperlukan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

 

Add a comment

required

required