PLUS jangka 2.2j kenderaan guna Lebuhraya Utara-Selatan untuk balik kampung menjelang Aidilfitri ini

PLUS jangka 2.2j kenderaan guna Lebuhraya Utara-Selatan untuk balik kampung menjelang Aidilfitri ini

PLUS Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik yang bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan mampu mencecah 2.2 juta kenderaan menjelang dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri ini, iaitu pada 13 dan 14 Jun ini, laporan The Sun.

“Untuk pengguna jalan raya, saya ingin menasihati mereka agar merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, dan diharap mereka akan tiba di destinasi yang ditujui dengan selamat,” ujar pengarah urusan PLUS Datuk Azman Ismail, yang turut berkata pihaknya menjangka pertambahan aliran tranfik sebanyak 40% hingga 50% berbanding hari biasa sebanyak 1.5 juta pengguna.

Azman turut berkata PLUS akan menambah kios layan diri di beberapa lokasi terpilih di sepanjang lebuhraya bagi memudahkan pengguna menambah nilai kad Touch’n Go mereka. Sebanyak 70 mesin tersebut akan disediakan sebelum musim perayaan itu bermula minggu hadapan.

Selain diskaun 50% pada dua hari sebelum Aidilfitri, turut diumumkan pada minggu lalu ialah kutipan tol di Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway ditamatkan mulai 1 Jun lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required