Kementerian Pengangkutan tidak tolak kemungkinan untuk perhalus cadangan skim lupus kenderaan lama

Kementerian Pengangkutan tidak tolak kemungkinan untuk perhalus cadangan skim lupus kenderaan lama

Kementerian Pengangkutan tidak menolak kemungkinan untuk pertimbang memperkenalkan semula program pelupusan kenderaan bagi mengurangkan jumlah kenderaan lama dari atas jalan di negara, lapor The Edge.

Ini bukanlah kali pertama program seperti ini dicadangkan; di mana mereka yang ingin melupuskan kereta lama diberikan pampasan atau rebat bagi membolehkan mereka membeli kereta baru. “Masih belum ada keputusan diambil berkaitan perkara ini, tetapi saya telah diberi taklimat oleh pegawai bahawa memang ada beberapa cadangan ke arah ini,” jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) pernah mengusulkan cadangan dasar hujung hayat kenderaan, sebuah skim pelupusan kenderaan dengan pampasan/rebat. Di bawah cadangan ini, pemilik yang kenderaan mereka sudah berusia lebih 10 tahun akan diberi rebat sehingga RM5,000 untuk mereka “trade-in” kenderaan terbabit dengan yang baru dari jenama pengeluar tempatan.

Kementerian Pengangkutan tidak tolak kemungkinan untuk perhalus cadangan skim lupus kenderaan lama

April tahun ini, Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda) menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar berkenaan. Ia sepatutnya dicadang untuk dilaksanakan awalnya pada tahun 2014, tetapi tidak menjadi kenyataan disebabkan maklum balas kurang memberangsangkan dari orang awam.

Dalam cadangan awalnya ketika itu, dasar berkenaan memerlukan pemilik yang kenderaan mereka telah berusia 15 tahun ke atas untuk dibawa untuk pemeriksaan wajib sebagai satu keperluan untuk memperbaharui cukai jalan. Gagal lulus dalam pemeriksaan ini, kenderaan terlibat perlu dibaik pulih sehingga lulus.

Adakah anda menyokong pelaksanaan skim atau dasar seumpama ini? Apakan pilihan yang lebih baik menurut anda? Kongsikan pendapat anda dengan kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • nur azlee ibrahim on Jun 14, 2018 at 2:07 pm

    macamna pulak kenderaan yg dah berusia lebih 10 tahun tapi loan tak abis bayar sbb ada masalah tertentu dah baki loan masih tinggi bagaimana sistem pelupusan dapat menjamin win win situation.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Mohd.Roslan Bin Janudin on Jun 14, 2018 at 3:33 pm

    Tengok pada rekod tuntutan insuran. Kalau didapati pemilik kereta lama menjaga kereta dan cara pemanduannya dgn baik..kenapa perlu dihapuskan kereta tersebut? Biar digunakan asalkan dijaga dgn baik. Cth pemilik kereta klasik dsbnya. Kalau di negara eropah, kereta lama masih diminati dan mempunyai sentimental value..

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Henri Kurnia on Jun 14, 2018 at 4:36 pm

    Tidak mahu…biarlah kenderaan rakyat marhaen dah lama pun…kereta mahal, berhutang 9 tahun, takkan baru lepas 9 tahun berhitang baru menarik nafas lega nak kena tukar yg baru dan berhutang lagi?

    Kalau perkara ini dilaksanakan, kami akan tumbangkan PH pula

    Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 4
    • X setuju.. Bukan semua org mampu nk tambah hutang.. Klu krjn bg rebat 30k boleh..

      Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  • Chin Tu Lan on Jun 15, 2018 at 12:01 am

    This smells of cronyism. Even the US doesn’t lupuskan cars that are 10 years old. We had a Toyota for 18 years and it was still very good. Only Protons die after 3 years. That is why Proton is so eager for this to go ahead. Go F yourself lah.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  • Aizul on Jun 15, 2018 at 1:38 am

    Hapuskan duti kastam & cukai kenderaan dulu baru adil bagi pengguna. Ni dah la harga keta +cukai & duti, loan pun tinggi sampai 9 tahun. Dah habis bayar loan 9 tahun & nak rasa bebas loan, dah nak kena lupus kenderaan.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Mohamad adnan on Jun 15, 2018 at 6:54 am

    10 tahun tu pendek sangat. Rakyat kebanyakan belum berpendapatan rm4000 ke atas. Apakah pihak kerajaan mahu rakyat yg telah mengundi mereka berhutang bank dengan kerap.nnti hutang domestik negara makin bertambah .cadangan wajar dilanjutkan usia minimum kenderaan untuk dilupuskan dari 15-20 tahun..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Roy_azrul_ghost_night on Jun 15, 2018 at 10:07 am

    Patut hapuskan cukai kenderaan barulah orang nak beli kereta 10thn sekali…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Kerajaan kena ambil kira kemampuan kewangan rakyat. Bukan semua orang mampu tambah hutang. Ada yang kerja gaji RM 2000 sebulan dengan anak ramai bersekolah. Nak tambah hutang pun tak layak. Malah akan tambah beban rakyat dengan hutang kereta baru. Tolonglah. Kerajaan baru jgn jadi mcm kerajaan lama. Kami pilih anda untuk kebaikan rakyat.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Saya membantah cadngn ini, kalau saya kenapa kita harus hapuskn kenderaan yng lebih dri 10 thn kalau kereta itu msi boleh jalan dengan baik atau dibaik pulih semua seperti baharu,orang yang memiliki kereta klasik yng sudah dibaik pulih akan berasa rugi dan geram,kita beli kereta baru hutang bank sampai 9 tahun, selepas itu kita mahu rasa bebas dari hutang bank, kalau begini sampai kita mati kita akan berhutang,itu kalau orang yang bergaji tinggi, kita belum fikir orang yang bekerja sendirian yang gaji tidak menentukan

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Sahor Mohd Yusof on Jun 17, 2018 at 10:48 am

    Cadangan yg seharusnya kita setujui bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara berdaya saing dari segi ekonomi, perlaksanaan sistem ini yg seharusnya kita kaji kehendak utama pelupusan kenderaan lama, yg mana saya berpengalaman skim pelupusan sebelum ini, puspakom yang menekankan aspek kenderaan yg hendak dilupuskan pelbagai kerenah birokrasi seperti kenderaan itu hendak digunakan lagi, sepatutnya mereka mengenal pasti chasis no, engine no sahaja. Bukan nya kita perlukan kos yg lain utk perbaiki kenderaan yg hendak dilupuskan.

    Kementerian perlulah memastikan birokrasi utk pelupusan kenderaan ini tidak seharusnya menjadikan complicated dan kos perlaksanaan menjadi hambar oleh ketidakadilan akal fikiran mereka yang menekankan aspek kenderaan tersebut, perlaksanaan sistem ini yang mana kenderaan bermotor tersebut walaupun terpaksa di towing kenderaan ke puspakom / jpj utk pengesahan sahaja, bukannya perlulah diperbaiki lagi.

    Kementerian boleh fokus kepada mereka yang ingin melupuskan kenderaan ini dgn satu atau dua Cadangan kenderaan yg baru saja contohnya kita tempahan kenderaan yg baru dari perodua dan proton sahaja, yg mempunyai harga yang berpatutan, bukannya utk membuatkan pelbagai pilihan kenderaan yg seterusnya akan membebankan rakyat.
    Contoh kenderaan yg baru kita selaraskan.
    Proton model kenderaan new saga sahaja.
    Perodua model kenderaan viva sahaja.

    *Yang mana harga barangan bila mempunyai kuasa membeli yang tinggi, tempahan kenderaan tersebut membolehkan penawarnya harga yang berpatutan*.

    Kementerian perlulah memastikan harga kenderaan yg hendak diberi peluang kepada rakyat malaysia melupuskan kenderaan mereka harga inisiatif serta membeli kenderaan baru yang berpatutan. Kenapa… majority yang mempunyai kenderaan yang lama adalah orang kampung dan golongan berpendapatan rendah 3k kebawah. Berkerja sendiri, swasta yang tidak mempunyai payslip serta bank statement yang bagus. Kerajaan PAKATAN HARAPAN akan memberi peluang kepada rakyat malaysia utk pelupusan kenderaan lama serta membeli kenderaan baru yang berpatutan… golongan sasaran ini adalah jumlah yang besar, dapat membantu merangsang ekonomi negara. Wallahualam.

    Automotive Consultant
    Pandangan

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
  • Radzi Rahman on Jun 17, 2018 at 11:02 am

    Tx setuju la weyh…
    Bertahun bayar hutang…terlentang terlungkup…
    Dah habis bayar…alih2 kena trade in dan buat hutang baru…kalau harga kereta baru tu 10k dan 0% interest…rasanyer tx jadi masalah…
    Kalau setiap pemilik kereta lama income bulanan 50k senang cerita…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Turunkan harga cukai kereta roadtax n insurans. Gaji minimum kena tgk jgk. Pengangkutan awam kena tingkatkan..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rushdan on Jul 11, 2018 at 5:50 pm

    Elok dijalankan, asyik pertimbang aje, dah penat menunggu. Adakan sahaja dan tidak perlu diwajibkan tetapi diberi kemudahan bagi mereka yang ingin menggunakan skim ini. Bagi mereka yang tidak ingin kerana kereta masih elok tidak perlu ambil.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Siti Payung on Jul 13, 2018 at 7:18 pm

    HARga kereta dah mahal kat malaysia. Tempoh hire purchase pun panjang. Public transport pulak teruk especially now outside Kl apt Penang dan lain2 negeri. Ni mesti sebab madey nak rakyat beli keta nasional. Nothing new about mahathir’s think , same greedy old man . Every project in his mind is how his cronies can make money.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Izham_ishak on Jul 13, 2018 at 9:59 pm

    Lupuskan kenderaan komersial yang berusia 10 tahun dahulu…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Linda Conrad on Jul 14, 2018 at 11:25 am

    Kementerian sepatutnya dapatkan pendapat pengguna, bukan pengusaha/ pengilang kereta yg hanya bermotifkan keuntungan.
    Kereta dah jual… lantak lah pembeli tak boleh bayar ansuran ke / kesempitan wang.

    Tanyalah pihak bank, berapa ramai pemilik yg tunggak bayaran, kereta ditarik, lelong.. MAA & Perusahaan Proton bukannya peduli.

    Cadangan orang gila yg hanya menyusahkan kan pemilik kenderaan. Baru langsai hutang kereta RM100 ribu, kena bayar hutang lagi…?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Leon Liew on Nov 27, 2018 at 12:53 pm

    Saya nampak comments comment comment, I suggest after 10yrs car in good condition can maintain on the road, if after 10yrs broken car goverment menkeluarkan Skim lupusan Baget 2019 kendera and get a new car, easy not all rakyat are affordable to get loan from bank, if kereta tak rosak kenapa beli baru tapi kalau kereta rosak paksa beli baru.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Menangis woo baru je habis hutang 1 tahun lalu dah kena hutang lagi 9 tahun gara2 kereta…mati rakyat cam ni..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required