Sempena ulang tahun ke-10 jenama prestasi Lexus ‘F’, sayap syarikat itu di Eropah telah mendedahkan sebuah LFA Art Car, yang akan membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Total 24 Hours of Spa hujung minggu ini.
Berdasarkan LFA Nürburgring Package, corak pada permukaan luar kereta ini dihasilkan oleh seorang artis Portugis, Pedro Henriques. Ringkasnya, ia adalah cerminan yang menampilkan corak oraganik daripada perasaan pergerakan dan evolusi berterusan.
“Inspirasi saya bagi idea pada corak ini adalah kehidupan kontemporari yang mengalir, di mana semuanya berada dalam pergerakan yang berterusan dan sukar untuk membekukan apa pun. Garis-garis pula mewakili kehidupan yang progresif, dalam semangan yang sama,” jelas beliau.
LFA menggunakan enjin 1LR-GUE 4.8 liter V10 dengan kuasa 571 PS dan 480 Nm tork. Berbanding LFA standard, versi Nürburgring Package ini mengenakan transmisi yang dikemaskan talaannya untuk penukaran gear yang lebih pantas.


Lexus GX
dari RM 780,000
Lexus LBX
dari RM 238,888
Lexus RZ
dari RM 429,888
Lexus LM
dari RM 1,228,000
Lexus RX
dari RM 468,888
Lexus NX
dari RM 395,888
Lexus ES
dari RM 320,888
Lexus UX
dari RM 250,688
Lexus LS
dari RM 1,188,000