PLUS RFID: Percubaan pengguna umum di P. Pinang dan Kedah dibuka 15 Dis ini – guna kad kredit, debit

PLUS RFID: Percubaan pengguna umum di P. Pinang dan Kedah dibuka 15 Dis ini – guna kad kredit, debit

PLUS telah mengumumkan percubaan pengguna umum (public pilot) bagi sistem pembayaran tol Radio-Frequency Identification (RFID) dibuka pada 15 Disember ini di lokasi terhad di Pulau Pinang dan Kedah.

Sistem PLUS RFID ini adalah berbeza dengan apa yang diaplikasikan oleh Touch ‘n Go (TNG) bagi kaedah pembayaran. Jika TNG menggunakan aplikasi eWallet untuk menambah nilai, PLUS pula menggunakan kad kredit atau debit (termasuk kad American Express) dan bayaran akan dikenakan terus dari akaun para pengguna.

Buat masa ini, percubaan tersebut akan dikendalikan di empat lokasi – plaza tol Jambatan Pulau Pinang, plaza tol Kubang Semang dan Lunas di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan plaza tol Jitra, Kedah. Pengguna boleh melalui laluan RFID yang sama seperti pengguna TNG di plaza tol berkenaan. Walau bagaimana pun, PLUS telah mengesahkan laluan RFID di Jambatan Pulau Pinang hanya eksklusif untuk pengguna PLUS sahaja buat masa ini.

Pusat fitmen pula berlokasi di tol Jambatan Pulau Pinang dan pejabat PLUS Seksyen N3 di Kubang Semang. PLUS turut berkata ia menggunakan pelekat khas pada cermin hadapan kenderan, kerana dipercayai lebih optimum bagi sistem RFID; pelekat pada lampu utama hanya akan digunakan sebagai alternatif sekiranya kaedah utama tidak dapat digunapakai. Pemasangan ini hanya mengambil masa selama 15 minit dan ia adalah percuma untuk pengguna dalam percubaan umum ini.

Walau bagaimana pun, buat setakat ini, tiada perincian lebih lanjut bilakah PLUS RFID akan dilancarkan pada umum. Anda boleh mendaftar percubaan pengguna umum DI SINI, baca dahulu FAQ di bawah untuk informasi selanjutnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required