Touch ‘N Go eWallet kini boleh dihubungkan dengan kad fizikal TNG – percubaan di DUKE terlebih dahulu

Touch ‘N Go eWallet kini boleh dihubungkan dengan kad fizikal TNG – percubaan di DUKE terlebih dahulu

Touch ‘n Go kini telah menambah satu lagi ciri pada aplikasi eWallet yang dilancarkan awal tahun ini. Ciri itu dapat menghubungkan kad fizikal Touch ‘n Go dengan aplikasi tersebut, seterusnya memberikan tambahan kemudahan kepada pengguna.

Setelah kad dan aplikasi dihubungkan (boleh dilakukan untuk hingga tiga kad), dan apabila anda menggunakan kad tersebut di plaza tol (dengan menyentuh kad atau SmartTAG), bayarannya akan ditolak terlebih dahulu daripada eWallet. Sekiranya baki dalam eWallet tidak mencukupi, barulah jumlah akan ditolak dari kad tersebut.

Menurut Touch ‘n Go, dengan ciri ini pengguna tidak lagi perlu beratur di lorong tambah nilai plaza tol dan dapat mengelakkan mereka daripada dikenakan bayaran tambahan 50 sen yang dikenakan sekarang. Apabila menambah nilai baki dalam e-Wallet (menggunakan telefon dan kad kredit, kad debit, perbankan atas talian atau Reload PIN), tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan.

Touch ‘N Go eWallet kini boleh dihubungkan dengan kad fizikal TNG – percubaan di DUKE terlebih dahulu

Walaubagaimanapun, buat permulaan, ciri ini sekarang cuma boleh digunakan di Lebuh Raya DUKE sahaja (tol Ayer Panas, Sentul Pasar, Segambut dan Sentul Pasar Tambahan), dan syarikat itu akan meluaskan penggunaannya ke lebuh raya lain di Lembah Kelang dan seterusnya seluruh negara. Pada masa hadapan juga, ia akan boleh digunakan untuk pengangkutan awam lain dan tempat letak kereta.

Untuk pengetahuan anda, ciri baru yang diletakkan dalam aplikasi eWallet ini tiada kena mengena dengan sistem RFID, yang juga menggunakan aplikasi yang sama (ciri baru ini untuk kad Touch ‘n Go). Aplikasi eWallet juga boleh digunakan untuk membayar tambang teksi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required