Mercedes-Benz Vans telah menunjukkan satu konsep pengangkut dinamakan sebagai Vision Urbanetic yang boleh digunakan untuk memberikan penyelesaian pengangkutan pada masa hadapan. Kenderaan ini boleh digunakan untuk mengangkut barang, mahupun orang.
Bahagian atas kenderaan ini boleh ditukar mengikut kegunaan, dan jika digunakan untuk mengangkut orang, ia mempunyai kabin yang boleh memuatkan sehingga 12 orang. Apabila mahu digunakan untuk mengangkut barang pula, ia mempunyai ruang kargo 3.70 meter.
Seperti yang anda boleh lihat, kenderaan ini tidak mempunyai sebarang stereng atau pedal kawalan kerana ia tidak memerlukan pemandu dan akan datang untuk mengangkut barang atau orang apabila sudah ditempah. Walaubagaimanapun, spesifikasi penggeraknya masih belum didedahkan dan sekadar diberitahu datang daripada bateri-elektrik.
Sebagai sebuah kenderaan autonomous, Urbanetic juga disambungkan kepada satu ekosistem rangkaian yang lebih lengkap untuk penggunaan yang lebih cekap. Sebagai contoh, ia boleh mengambil kira jalan terpantas untuk mengambil dan menurunkan penumpang atau barang, mengetahui keadaan trafik semasa dan pelbagai informasi lain berkenaan kawasan sekitar.
Urabnetic juga dianggap oleh Mercedes-Benz sebagai kenderaan yang paling sesuai bagi kawasan bandar dan pelbagai lagi jenis kawasan lain. Ia tidak membebaskan sebarang emisi, mengurangkan jumlah kenderaan atas jalan, mesra alam dan lebih cekap.


Mercedes-Benz AMG CLE
dari RM 722,888
Mercedes-Benz EQV
dari RM 450,350
Mercedes-Benz G-Class
dari RM 958,888
Mercedes-Benz AMG GT
dari RM 1,882,888
Mercedes-Benz Maybach EQS SUV
dari RM 1,088,888
Mercedes-Benz AMG G-Class
dari RM 1,948,888
Mercedes-Benz AMG GLC Coupe
dari RM 498,888
Mercedes-Benz AMG GLE
dari RM 1,191,888
Mercedes-Benz E-Class
dari RM 355,888