Sewaktu pelancaran Lexus F, kenderaan prestasi tinggi, pada 2007, varian IS F tidak pula dimasukkan dalam barisan tersebut, tapi digantikan dengan RC F coupe. Walau bagaimana pun, sedan berkuasa besar itu ada kemungkinan untuk kembali pada masa akan datang, menurut laporan laman web Jepun Spyder 7.

IS F akan datang, tiba pada 2022, akan menjadi sebahagian daripada rekaan semula IS yang paling hebat, dengan generasi baharu dijangka diperkenalkan pada 2020 atau 2021. Ia dikatakan menggunakan Toyota New Global Architecture (TGNA) sebagai asas, IS standard akan ditawrkan dengan dengan dua varian, dakwaan penerbitan terbabit.

Varian pertama ialah model hibrid yang akan menggunakan enjin 2.5 liter Dynamic Force 185 PS dipadankan dengan motor elektrik – penjana kuasa ini lebih kurang sama dengan Camry Hybrid. Spyder 7 juga melaporkan enjin baharu 322 2.4 liter pengecas turbo empat-silinder petrol akan ditawarkan.

IS F akan menduduki posisi paling tinggi dalam barisan ini, dan dijangka akan mengenepikan model lama 5.0 liter naturally-aspirated V8 – yang masih digunakan oleh RC F, GS F dan LC 500 – 3.5 liter turbo-berkembar V6 untuk LS 500. Jika sahih dilengkapinya, ia mampu memberikan kuasa sehingga 422 PS, dan mungkin dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

Dalam laporan oleh Automotive News, jenama premium berkenaan berkata akan mengambil “pandangan strategik” untuk kedua-dua IS dan GS, dalam masa yang sama pelanggan lebih memilih crossover dan bertukar ke kenderaan elektrik. GS telah pun digugurkan di pasaran Eropah, dengan pasaran sedan eksekutif itu diambil alih oleh ES baharu.