Proton catat jualan sebanyak 7,007 unit kereta pada Jan 2019 – 2,777 daripadanya adalah SUV X70

Proton catat jualan sebanyak 7,007 unit kereta pada Jan 2019 – 2,777 daripadanya adalah SUV X70

Proton telah mendedahkan bagi bulan pertama 2019, sejumlah 7,007 unit kereta telah didaftarkan, sekaligus mencapai 14.5% dalam perkongsian pasaran.

Menurut pengeluar kereta nasional ini, bagi Januari 2019 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 33.6% berbanding rekod pada Disember 2018. Bagi rekod tahun-ke-tahun, angka ini meningkat 46.5% berbanding Januari 2018.

SUV X70 yang dilancarkan pada 12 disember lalu, turut membantu melonjakkan prestasi Jualan Proton, dengan sejumlah 2,777 unit yang telah didaftarkan pada Januari 2019 – rekod baharu sebagai SUV segmen C paling banyak didaftarkan dalam masa sebulan, dakwa syarikat terbabit.

Satu lagi pencapaian Syarikat yang mendahului industri adalah pada jumlah kemudahan yang ada pada cawangan 3S/4S. Sehingga akhir bulan ini, terdapat 74 cawangan PROTON 3S/4S dan pengedar beroperasi dan akan lebih banyak cawangan dibuka sepanjang tahun ini. Cawangan-cawangan akan bergandingan membantu PROTON dalam mencapai Indeks Perkhidmatan Jualan (SSI) dan Indeks Perkhidmatan Pelanggan (CSI) mencapai sasarannya.

Proton catat jualan sebanyak 7,007 unit kereta pada Jan 2019 – 2,777 daripadanya adalah SUV X70

“Proton amat berterima kasih kerana dapat membuka tirai 2019 secara positif. Kami sudah menjangkakan pencapaian jumlah cawangan 3S/4S di dalam industri pada hujung bulan ini, tetapi angka pertumbuhan jualan dan rekod pendaftaran SUV adalah disebabkan oleh sokongan yang kami terima daripada pembeli kereta di Malaysia.

“Masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menaikkan semula jenama Syarikat tetapi kami akan berusaha untuk terus memberikan pengalaman mewah di cawangan kami disamping meningkatkan penawaran bagi model-model kami,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Bagi bulan Februari, Proton sedang berusaha mengekalkan momentum jualannya dengan mengadakan promosi Ang Pow. Pembeli kereta-kereta Proton layak untuk mendapatkan penjimatan sehingga RM4,000 bergantung pada model yang mereka pilih.

“Bersempena dengan Tahun Baharu Cina, Proton ingin terus memberikan ganjaran kepada para pelanggannya dengan menawarkan insentif tambahan yang membeli kereta Proton baharu. Syarikat juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka untuk memandu dengan selamat sepanjang tempoh perayaan,” tambah Dr Li Chunrong lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required