Senarai penerima subsidi bersasar RON95 hampir siap

Senarai penerima subsidi bersasar RON95 hampir siap

Kerajaan kini dalam fasa akhir mengenal pasti penerima yang layak bagi sistem subsidi bersasar bagi RON 95 yang akan mula dilaksanakan pada suku kedua tahun ini, lapor Bernama.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifud­din Nasution Ismail ketika memaklumkan perkara ini, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan operator stesen minyak dan persatuan pengguna. Kata beliau, Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk membangunkan, menguji, mengkaji dan
melaksanakan sistem berkenaan akan mengumumkan senarai vendor yang terpilih untuk terlibat dan membangunkan program ini.

Bercakap ketika pembukaan stesen minyak BHPetrol Sepang-Lukut milik Kumpulan Syarikat Seng semalam, Saifuddin berharap sistem subsidi bersasar itu akan dapat dilaksanakan dengan lancar. Vendor yang terpilih itu juga tidak hanya akan membagunkan sistem subsidi petrol sahaja, tetapi merangkum barangan lain.

Senarai penerima subsidi bersasar RON95 hampir siap

“Bagi kementerian, perbincangan masih berjalan dengan syarikat-syarikat minyak, operator stesen minyak kecil dan besar, agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Unit Koordinasi Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan data e-Kasih,” jelas beliau. Kementerian juga akan memastikan senarai mereka yang layak menerima subsidi bersasar itu selari dengan pendapatan isi rumah.

Ketika pembentengan Bajet 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata subsidi minyak akan disasarkan kepada kumpulan B40 (gaji di bawah RM3,000 sebulan) dan mekanisme skim itu akan ditentukan bagi mengelak salah guna. Pemilik lebih daripada satu kenderaan dan kenderaan mewah tidak akan menerima manfaat ini.

Skim ini akan menawarkan subsidi 30 sen seliter sehingga 100 liter sebulan bagi kereta dengan kapasiti enjin 1,500 cc ke bawah. Bagi motosikal pula, yang berenjin 125 cc ke bawah akan menerima kadar subsidi yang sama, sehingga 40 liter sebulan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required