Konvoi Proton X70 selamat pulang dari kembara China

Konvoi Proton X70 selamat pulang dari kembara China

Selepas kira-kira sebulan meredah perjalanan sejauh 13,000 km dari KL ke Hangzhou, kembara sekumpulan sembilan unit Proton X70 telah selamat kembali ke tanah air minggu lalu. Konvoi yang dianjurkan oleh Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co. itu mendapat sokongan daripada Proton dari beberapa aspek.

Bagi peserta yang terlibat, antara perkara utama yang melegakan mereka ialah ketangkasan dan ketahanan SUV berkenaan untuk perjalanan rentas sempadan negara-negara yang dilakukan itu – semua sembilan unit berjaya melakukan jelajah berkenaan tanpa sebarang masalah teknikal serius, selain hanya perlu diservis mengikut jadual.

“Kami berasa kagum dengan tahap keselesaan yang ada pada Proton X70. Selepas menghabiskan 33 hari dan memandu lebih 13,000 km di jalan raya dalam pelbagai keadaan, saya berasa yakin X70 adalah salah satu pilihan terbaik dalam kelasnya,” ujar seorang peserta, Dato’ Wong Kean Hwee.

Konvoi Proton X70 selamat pulang dari kembara China

Seorang lagi peserta, Lim Mee turut menambah; “Memilih kenderaan yang salah untuk sesuatu pengembaraan boleh menjadikan perjalanan itu sukar dan memenatkan, justeru saya gembira dengan prestasi Proton X70. SUV ini tidak memberi sebarang masalah, selesa dan senang dipandu untuk perjalanan setiap hari.”

Lawatan ke Pusat Pengalaman Geely di Hangzhou juga merupakan tarikan ketika berada di China. Kunjungan berkenaan telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan kongsi Proton, sejarah mereka dalam menghasilkan kenderaan dan meninjau model-model yang berpotensi untuk dibangunkan bersama Proton pada masa hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required