Moto Guzzi MGX-21 tiba di Malaysia – harga RM172k

Moto Guzzi MGX-21 tiba di Malaysia – harga RM172k

Satu model istimewa keluaran Moto Guzzi iaitu MGX-21 telah pun tiba di Malaysia dan kami telah diberikan peluang untuk menyaksikannya di depan mata. Setakat ini cuma satu unit sahaja yang dibawa masuk, dan itu pun kerana ada pelanggan yang mahukannya, dan dijual pada harga RM172,000 tidak termasuk insurans.

MGX-21 diangkat sebagai model touring paling berprestij oleh Moto Guzzi, dan ia menggunakan gaya bagger dengan bahagian belakang yang labuh, fairing di atas dan pemegang yang besar. Bahagian lain juga dijadikan supaya perjalanan jauh lebih selesa.

Ia dikuasakan oleh enjin V-twin 90 darjah 1,380 cc bersama padanan kotak gear enam kelajuan, dan mampu menghasilkan kuasa 96 hp pada 6,500 rpm dan 121 Nm tork pada 3,000 rpm. Penyampaian kuasa kepada roda belakang pula dilakukan oleh sistem syaf.

Perkara yang menjadikan model ini istimewa, selain kelengkapan moden adalah ia menggunakan banyak barang yang dibuat daripada gentian karbon termasuk panel badan, penghadang lumpur tayar depan, panel tangki bahan api, keliling beg barangan tepi dan penutup enjin. Malah, rim depan 21 inci model ini juga diliputi dengan gentian karbon sementara di dalamnya terdapat struktur aluminium.

Bagi menyatakan ini adalah sebuah motosikal moden, Moto Guzzi telah melengkapkan MGX-21 dengan sistem ride-by-wire, tiga mod tunggangan, ABS two-channel, Traction Control, lampu jenis LED, sistem stereo lengkap dengan radio, amplifier 25W dan cruise control pada MGX-21.

Tidak cukup dengan itu, sistem infotainmen motosikal ini juga boleh disambungkan kepada telefon pintar menggunakan aplikasi khas dan platform multimedia MG-MP, di mana dengannya, pengguna boleh memasang muzik, menjawab atau membuat panggilan telefon serta menggunakan fungsi kawalan suara pada telefon (seperti Siri pada iPhone).

Moto Guzzi MGX-21 tiba di Malaysia – harga RM172k

Kelengkapan lain yang ada pada MGX-21 adalah termasuk fork 45 mm, brek cakera 320 mm berkembar dan angkup Brembo empat piston di hadapan, manakala di belakang pula terdapat dua penyerap hentak yang boleh dilaras, cakera 282 mm serta angkup Brembo dua piston. Berat keseluruhan model ini adalah 356 kg.

Walaupun unit yang dipamerkan ini sudah mempunyai pemiliknya, mereka yang berminat untuk mendapatkan MGX-21 ini masih boleh membuat tempahan di pusat pameran rasmi Moto Guzzi di The Gasket Alley, Petaling Jaya dan unit khas akan dibawa masuk selepas segala proses berjalan lancar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required