Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

Sebelum ini barisan Mercedes-Benz A-Class terdiri daripada versi sedan dan hatchback – tapi terkini, CLA C188 generasi kedua muncul dengan model prestasi AMG “35” pula. Mercedes-AMG CLA 35 4Matic baharu ini telah didedahkan secara rasmi sempena dengan New York International Auto Show (NYIAS) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Walau pun masih menggunakan binaan kereta asas, namun CLA 35 digayakan dengan garisan bumbung tersendiri yang menjadikannya seperti CLS paling bongsu, sedikit berbeza berbanding bentuk yang lebih tradisional seperti ditampilkan pada model A-Class Sedan. Seperti keluarga A 35 yang lain, CLA 35 dipadankan dengan enjin M260 2.0 liter pengecas turbo petrol dengan hamburan kuasa 302 hp (306 PS) pada 5,800 rpm dan tork 400 Nm dari 3,000 hingga 4,000 rpm.

Pacuan bagi CLA 35 disalurkan ke semua empat rodanya menerusi sistem pacuan semua-roda pembolehubah-sepenuhnya 4Matic (dengan FWD tulen dan 50:50 bagi pecahan nisbah hadapan-ke-belakang) dengan pengedaran tork diuruskan oleh klac pelbagai-cakera dan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan. Penjana kuasa ini membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.9 saat dan kelajuan maksimum mampu mencecah 250 km/j.

Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

Penentu ukuran AWD disambungkan dengan program kestabilan kereta, di mana 4Matic kekal pada mod Comfort selagi suis ESP dihidupkan. Selagi ESP diaktifkan, sistem 4Matic akan kekal dalam mod “Comfort”. Apabila pemandu menekan butang ESP SPORT Handling atau ESP OFF, sistem 4Matic akan bertukar ke mod Sport, untuk “pemanduan yang lebih tangkas dan juga had kestabilan yang lebih tinggi”. Mod pemanduan yang biasa turut ditampilkan dengan lima pilihan termasuk Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual.

Suspensi bagi CLA 35 menggunakan bentangan topang MacPherson untuk gandar hadapan dengan larasan empat-penghubung di belakang. Ia juga menggunakan geometri gandar spesifik di hadapan untuk mengurangkan pengaruh pada output pemanduan, dengan aluminium wishbone yang mampu mengurangkan berat badan yang tidak sepatutnya. Pelarasan didatangkan oleh sistem peredam adaptif pilihan yang menawarkan tiga larasan dari Comfort ke Sporty.

Gandar belakang empat-penyambung menawarkan transverse arm dan trailing arm, wheel carrier dan bearing yang sama seperti A 45. Sistem brek pula dioperasikan oleh sepasang kaliper monoblock empat-omboh di hadapan dengan cakera 350 mm, sementara kaliper satu-omboh dengan cakera brek 330 mm untuk belakang. Stereng dengan elektromekanikal bersama nisbah pemboleh ubah dan menawarkan dua tetapan bantuan bergantung pada pemilihan mod pemanduan.

Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

Bagi dalaman untuk CLA 35, ia ditampilkan dengan Mercedes-Benz User Experience (MBUX) bagi tetapan COMAND dan menawarkan arahan menerusi kawalan suara dengan fasa pengaktifan ‘Hey Mercedes’. Sistem infotainmen MBUX dilihat berpadanan dengan kokpit skrin hadapan termasuk berkongsi dua paparan dengan perumah biasa.

Sama seperti sedan dan hatch A 35, CLA 35 menawarkan roda stereng generasi baharu dengan seksyen bawah yang lebih flat, kulit “perforated” dan jahitan kontras merah dengan pedal penukar gear metal yang terletak di belakangnya. Ia turut dilengkapi kawalan sentuhan built-in pada jejeri kiri roda stereng yang membolehkannya mengawal sistem kawalan kelajuan adaptif dan Distronic, manakala jejari kanan roda stereng menghantar arahan untuk kawalan suara, telefon dan infotainmen.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required