Touch ‘n Go RFID: Pemasangan percuma kini ditawarkan di 9 pusat membeli-belah terpilih

Touch ‘n Go RFID: Pemasangan percuma kini ditawarkan di 9 pusat membeli-belah terpilih

Anda terlepas dengan program percubaan Touch ‘n Go RFID tahun lalu? Jangan risau, kali ini masih ada peluang yang usah dilepaskan. Kalau dulu, nak sertai program tersebut, perlu membuat permohonan menerusi dalam talian. Tapi kini, anda boleh berkunjung sahaja ke sembilan cawangannya di sekitar Lembah Klang dan tidak perlu membuat sebarang temujanji, hanya walk-in sahaja. Malah pemasangannya juga masih lagi ditawarkan secara percuma.

Dokumen yang perlu dibawa ialah Mykad dan salinannya, lesen memandu (atau passport bagi bukan warga negara Malaysia) dan salinan sijil pemilikan kenderaan atau cover note insurans kenderaan yang masih sah.

Seperti mana yang pernah dijelaskan sebelum ini, pelekat RFID, yang tertanam dengan cip frekuensi radio, akan dilekatkan sama ada di cermin hadapan atau lampu utama kenderaan anda. Ia adalah unik untuk setiap kenderaan, cuaca dan kalis haba.

Peranti pelekat ini akan dihubungkan kepada aplikasi Touch ‘n Go eWallet pemiliknya – yang menyimpan kadar nilai wang semasa untuk kegunaan bayaran tol. Ketika kereta dengan kit RFID ini melalui plaza tol, pengimbas yang terletak di bahagian atas akan membaca gelombang frekuensi daripada pelekat berkenaan dan akan menolak nilai tol yang dikenakan dari e-wallet yang dihubungkan padanya.

Touch ‘n Go RFID: Pemasangan percuma kini ditawarkan di 9 pusat membeli-belah terpilih

Untuk mengetahui baki e-wallet ini, ia boleh disemak menerusi aplikasi yang disediakan. Manakala untuk tujuan menambah nilai pula, ia boleh dilakukan sama ada menerusi perkhidmatan pembankan dalam talian dan kad debit/kredit.

Kini pengguna RFID akan menerima rebat sebanyak 20% untuk 10 laluan tol terawal sehingga 30 Jun ini. Cawangan pemasangan ini (secara walk-in) beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi berikut:

  • Aeon Big Bukit Rimau, Shah Alam
  • Aeon Big, Kepong
  • Berjaya Times Square, KL
  • Empire Shopping Gallery, Subang Jaya
  • Sunway Velocity Mall, Cheras
  • Tesco, Pusat Bandar Puchong
  • Tesco Extra, Cheras
  • Tesco, Setia Alam
  • Tesco Bukit Tinggi, Klang
  • Jadi, sementara ia masih percuma dan cawangan pemasangannya pula diperluaskan, maka jangan lepaskan peluang ini. Pada September lalu, kami juga telah menjadi kumpulan pertama yang terlibat dengan program percubaan RFID ini dan ternyata ia cukup efektif serta disifatkan relevan untuk dilaksanakan secara lebih menyeluruh. Tapi kalau anda ada pengalaman tersendiri mengenai penggunaan RFID (bagi yang telah memasangnya), boleh juga berkongsinya dengan kami menerusi ruangan komen di bawah.

    Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

    10% discount when you renew your car insurance

    Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

    Car Insurance

    Izwaashura Sadali

    Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

     

    Comments

    • Nizar on Apr 10, 2019 at 11:14 pm

      Dah pasang awal tahun. Tp sebab d kedah x ada lg rfid, baru2 ni ke KL jadi cuba lah. 1st di tol NPE ok. 2nd d Guthrie mula2 masuk dia x detect, undur sikit br detect. Kali ke 3 dan ke4 d Guthrie pula x detect terus. Terpaksa undur keluar dan tukar lorong, sebabnya tol rfid tak ada disediakan touch n go.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
      • sama. saya ada 3 kereta satu lekat kat lampu dpn 2 dekat cermin dpn. yang lekat kat lampu lebih kurang macam guna smart tag. lekat kat cermin dah dekat betul dengan palang baru detect. overall dari segi jarak detect smart tag better

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • rosnani on May 08, 2019 at 8:28 pm

      untuk bulan 5 masih boleh pasang ke

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • azmer on May 15, 2019 at 11:30 am

      macam payah je RFID ni jika nak pindah 2 kereta. smart tag bleh angkat je.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • chiam on May 23, 2019 at 3:04 pm

      seperti di atas: Cawangan pemasangan ini (secara walk-in) beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi berikut, saya pergi Tesco bukit tinggi klang tak jumpa… boleh bagi kepastian…?? betulkah sampai May’19… ?? tq

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Zaidi Bin Ismail on Aug 16, 2020 at 6:46 pm

      Lokasi pemasangan putrajaya ada tak pemasangan RFID

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
     

    Add a comment

    required

    required