Triumph Speed Triple 1050 RS tiba di M’sia – RM110k

Triumph Speed Triple 1050 RS tiba di M’sia – RM110k

Model naked Triumph Street Triple 765 sudah mempunyai nama yang cukup popular di kalangan pengguna, tetapi sebenarnya pengeluar dari United Kingdom ini mempunyai sebuah lagi model naked dengan enjin lebih besar iaitu Speed Triple 1050. Versi terbarunya kini sudah sampai di Malaysia dan dijual pada harga RM97,900 untuk Speed Triple S dan RM109,900 untuk Speed Triple RS (seperti di dalam gambar).

Mengambil model sebelum ini sebagai asas, enjin tiga silinder 1,050 cc padanya telah dinaik taraf untuk memberikan lebih kuasa – kini menjadi 150 PS pada 10,500 rpm (naik 7%) dan 117 Nm tork pada 7,150 rpm (naik 4%). Antara yang menyumbang kepada peningkatan kuasa ini adalah 105 komponen baru yang digunakan pada enjinnya, termasuk crank gear lebih ringan, lapik silinder aluminium, serta starter, bateri dan alternator yang lebih kecil dan ringan.

Model terbaru Speed Triple ini didatangkan dengan pakej elektronik dan sistem bantuan penunggang yang penuh. Ia termasuk lima mod tunggangan, traction control, ABS yang boleh ditutup, cruise control dan cornering ABS, yang dibangunkan dengan kerjasama Continental.

Untuk bahagian panel instrumen, Speed Triple baru menggunakan skrin TFT LCD berwarna penuh, sama seperti Street Triple, dan bagi model S, ia diberikan dengan tiga tema paparan, manakala model RS boleh ditukar dengan enam tema. Penambahan baru lain adalah sistem tanpa kunci untuk model RS dan butang di bahagian pemegang yang mempunyai lampu.

Bahagian kotak gear dan klac slip assist yang digunakan turut menerima talaan semula bagi meningkatkan keselesaan semasa menunggang, dan bagi model RS, ia didatangkan terus dengan ekzos Arrow secara standard. Untuk sistem brek, Speed Triple baru ini menggunakan unit Brembo Monobloc empat piston di hadapan, manakala di belakang menggunakan angkup Nissin.

Untuk bahagian suspensi, Speed Triple S dilengkapkan dengan unit fork Showa 43 mm USD di hadapan dan di belakang terdapat unit monoshock Showa – kedua-duanya boleh dilaras sepenuhnya. Bagi Speed Triple RS pula, ia dinaik taraf dengan fork Ohlins NIX30 di hadapan manakala di belakang menggunakan monoshock Ohlins TTX36 – juga boleh dilaras sepenuhnya.

Triumph Speed Triple 1050 RS tiba di M’sia – RM110k

Secara keseluruhannya, Speed Triple S mencatat berat 192 kg, manakala versi RS mencatat 189 kg, hasil penggunaan komponen gentian karbon, subframe aluminium serba ringan dan ekzos Arrow. Kapasiti tangki bahan api yang disediakan adalah 15.5 liter dan tinggi tempat duduk bagi kedua-dua versi adalah sama, iaitu 825 mm.

Triumph Motorcycles Malaysia cuma akan membawa Speed Triple ini masuk apabila ada tempahan, dan ia ditawarkan dalam dua pilihan warna bagi kedua-dua versi iaitu Jet Black dan Crystal White untuk versi S, dan Crystal White dan Matte Jet Black untuk versi RS. Ia juga didatangkan sekali dengan bellypan dan penutup tempat duduk belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required