Touch ‘n Go lanjutkan PayDirect ke 10 lagi lebuhraya

Touch ‘n Go lanjutkan PayDirect ke 10 lagi lebuhraya

Touch ‘n Go telah menambah bilangan lebuhraya yang boleh menggunakan perkhidmatan PayDirect menjadi 10 buah ketika ini, dengan enam lagi akan mengikut jejak yang sama dimasa akan datang. Sewaktu pengenalannya Februari lalu, PayDirect ditawarkan hanya pada tiga lebuhraya – Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Terowong SMART.

Tambahan terbaru kini melibatkan Lebuhraya Guthrie Corridor (GCE), Lebuhraya Kajang Dispersal Link (SILK), Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA).

Perkhidmatan PayDirect membolehkan pengguna menghubungkan tiga kad Touch ‘n Go kepada aplikasi eWallet mereka. Sebaik saja kad itu dihubungkan ke eWallet, caj tol akan dipotong secara automatik dari eWallet bila-bila masa kad yang dihubungkan itu digunakan di plaza tol (secara sentuhan biasa ataupun melalui SmarTAG), tanpa sebarang potongan kepada kad berkenaan.

Sekiranya eWallet tidak mempunyai jumlah baki yang cukup, barulah caj akan dipotong daripada baki pada kad fizikal. Bagaimanapun, anda boleh mengekalkan jumlah baki dalam kad sekiranya anda mengaktifkan ciri “auto-reload” pada eWallet. Untuk menambah nilai eWallet, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar menggunakan kad kredit atau debit, perbankan atas talian atau TNG Reload PIN tanpa dikenakan caj tambahan.

Lain-lain lebuhraya yang bakal menyusul untuk pengguna menikmati perkhidmatan ini tak lama lagi ialah Lebuhraya Besraya (BESRAYA), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required