Menteri Kerja Raya Baru Bian telah mengumumkan 23 lebuhraya di negara ini bakal memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33% kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan, iaitu pada 5 Jun 2019 (Rabu). Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.
Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuhraya yang terlibat :
- Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33%
- Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30%
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20%
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20%
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20%
- Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20%
- Jambatan Pulau Pinang – 20% (kenderaan Kelas 2 sahaja)
- Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20%
- Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20%
- Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20%
- Lebuhraya BESRAYA – 20%
- Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15% (semua Kelas kenderaan)
- Lebuhraya Grand Sepadu – 15%
- Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10%
- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10%
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10%
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10%
- Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10%
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10%
- Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10%
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10%
- Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10%
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10%
Laporan Bernama turut menyebut, tiga lagi lebuhraya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu; Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dengan 10%, 20% di Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA), 10% di Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja. Ia adalah untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi pada 7 Jun 2019.