Yamaha LC135 V6 – risalah sudah diedar, harga naik?

Yamaha LC135 V6 – risalah sudah diedar, harga naik?

Bermula dengan gambar yang sudah tersebar sejak beberapa minggu lalu, sekarang risalah jualan untuk Yamaha 135LC versi terbaru pula sudah tersebar di dalam internet. Model ini masih belum dilancarkan secara rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dan risalah tersebut dimuat naik oleh pengedar motosikal – dalam gambar ini Seng Hoe Motor di Skudai.

Disebabkan ia masih belum dilancar secara rasmi, kami belum menerima harga model terbaru ini daripada HLYM namun sedikit peningkatan boleh dijangka berbanding harga cadangan pengeluar (waktu pelancaran) model sebelum ini iaitu RM7,167.

Dalam risalah tersebut, dinyatakan tiga peningkatan utama 135LC versi terbaru ini adalah termasuk rekaan penutup hon (biasanya dipanggil panel dada), pelindung enjin serta pengalir udara pada panel tepi. Kemudiannya, ia datang dengan tiga pilihan warna baru. Selain daripada itu, semuanya masih sama seperti model sebelumnya.

Yamaha LC135 V6 – risalah sudah diedar, harga naik?

Ini bermaksud, 135LC versi terbaru masih lagi dikuasakan oleh enjin satu silinder SOHC sejukan cecair 134 cc yang menggunakan sistem bahan api karburator, dan digabungkan bersama transmisi empat kelajuan untuk menghasilkan 12 hp pada 8,500 rpm dan 11.79 Nm tork pada 5,500 rpm.

Kelengkapan lain model ini adalah termasuk tangki bahan api empat liter, brek cakera di hadapan dan dram di belakang, rim 17 inci berserta tayar 70/90 di hadapan dan 80/90 d belakang, lampu jenis halogen, fork teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • ahmad najahal ilmi zulkifli on Jun 18, 2019 at 1:00 am

    Macam lawak aje tambahan 3 aksesori sahaja harga dia nak macam tambahan banyak pula.. buat la pembaharuan seperti brek disc belakang ker, tangki minyak yang besar sedikit ker, pakai lampu ziphart ker, ada abs ker… Yang mampu menarik lebih ramai pembeli. Cuba upgrade sikit lc 135 5speed tu biar nampak mengancam sikit.

    Like or Dislike: Thumb up 45 Thumb down 10
  • Amar Aman on Jun 18, 2019 at 11:49 pm

    Kalo setakat ubah eksesori body rasanya elok gue Cari jenama lain..power kalah dgn lc lama gue ( 2007) honda/ banelli la kot…lu org sendiri guna lah lc ni…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 18
  • Abang long on Jun 20, 2019 at 8:23 pm

    OK la tu Daripada tak dak

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 4
  • Disbbkan model ni kluar,pngeluaran ysuku v2 slow..lc135 v6 ni rasa xblh go,benda sama,tukar coverset ja..hrga nk naik..itulah yamaha…dorang ingt prmintaan bnyk ysuku v2 so dorang pon nk buat lc135v6..rasa xperlu kot..nothing special lc135v6,almost same like previous model

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 1
  • Lc 135 lc V1 lg terbaik..da try V2 hingga V5 beza gila jauh.. upgrade kat body jer..tp downgrade kat enjin..alasan xblh blh bila V2 hingga V5 lebih jimat petrol.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 3
  • Aliff Sahli on Jun 24, 2019 at 7:45 am

    Pointless

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  • Dah beli cash di Seng Hoe Skudai petang tadi (29-Jun-19).. Rm7,600 OTR termasuk insurans & free gift..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 6
    • RUZAIDI BIN MOHD SALIM on Sep 08, 2020 at 10:59 pm

      sama la sy pun baru amik.7500 otr kat sabak bernam.sy beli moto ni sbb default.rege sedang.g balik keje ok g konvoi pun ok.cuma kecewa la sbb disc brake blkang takde.gear just 4.tak laju berbanding v1.tayar depan saiz 80 90 pn sgkut.tak pasti smada yamaha ni bongok atau ada sebab tertentu.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Amiruns HSaid on Jul 24, 2019 at 1:44 am

    Salam..sejahtera..selamatmalam..Insha Allah , Jikalau ada rezeki nanti , akanku milikimu..dihatiku.. Amin² ..disuatu hari nanti.. salam sayang my lc ..idaman ku selama ini Dan Semoga Hong Leong Yamaha Motors , Sentiasa Maju Ya , satu Hari Nanti ..amin²

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Masih pkai carburator??hmm kemon la. Dh zaman digital kot. Design pn boring masih sama

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Translyvania on Oct 11, 2019 at 9:44 pm

    Buat le fuel injection mcm lagenda…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • RUZAIDI BIN MOHD SALIM on Sep 08, 2020 at 10:54 pm

    aku tak pasti pihak yamaha ni nak cuba kelainan atau nk untung je lebih.115zr fuel injection.lc v6…diulangi v6! karburator? ok fine tkde la beza sgt pn..diac brake blkang takde?? lc v2 gear 5.ini v6 la..adoii pesal trun 4.baik bagi 2 gear je..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required