Mazda 3 2019 – Harga sebenar pasaran M’sia terdedah, RM140k untuk 1.5L, RM150k-RM160k untuk 2.0L

Mazda 3 2019 – Harga sebenar pasaran M’sia terdedah, RM140k untuk 1.5L, RM150k-RM160k untuk 2.0L

Mazda 3 telah disahkan akan di lancarkan di Malaysia pada pertengahan bulan ini, dan harga anggarannya juga telah diberikan oleh pengedar rasmi jenama itu di sini iaitu Bermaz. Nampaknya jurujual-jurujual Mazda tidak sabar untuk menjual model ini, dan laman Facebook Mazda Balakong/Cheras Selatan telah maju selangkah lebih awal dengan mendedahkan “harga rasmi sebenar” model generasi baharu tersebut.

Untuk versi 2019 ini, kesemua model adalah unit CBU yang diimport sepenuhnya dari Jepun, ditawarkan dengan dua jenis enjin iaitu 1.5 liter NA dan 2.0 liter NA, dan juga dua jenis bentuk badan iaitu hatchback dan sedan. Ia hadir dalam tiga varian iaitu versi asas, versi pertengahan High, dan versi tertinggi High Plus. Namun untuk model High, ia hanya dijual dalam versi sedan.

Mazda 3 2019 – Harga sebenar pasaran M’sia terdedah, RM140k untuk 1.5L, RM150k-RM160k untuk 2.0L

Untuk setiap varian, harga untuk bentuk badan hatchback dan sedan adalah sama. Bermula dengan versi asas 1.5 liter SkyActiv-G dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM139,770. Model pertengahan High pula (sekali lagi diingatkan varian ini hanya hadir dalam bentuk sedan) dijual pada harga RM150,059. Model tertinggi hatchback dan sedan High Plus pula dijual pada pasaran Malaysia dengan harga RM160,059.

Bagi model 1.5 liter, ia dijana oleh enjin empat silinder tanpa turbo SkyActiv-G yang menghasilkan 114 hp dan tork maksima 150 Nm. Manakala model-model 2.0 liter pula dikuasakan oleh enjin empat silinder tanpa turbo SkyActiv-G, menjana 162 hp dan tork maksima 210 Nm. Kedua-dua enjin ini digandingkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan SkyActiv-Drive, memacu hanya roda hadapan.

Buat masa sekarang Bermaz belum bercadang untuk membawa Mazda 3 dijana enjin SkyActiv-X yang menampilkan teknologi Spark Controlled Compression Ignition (SPCCI) atau Pencucuh Mampatan Kawalan Percikan. Manakala spesifikasi penuh untuk setiap model pula hanya akan diketahui menjelang pelancarannya nanti iaitu pada 17 Julai 2019.

Mazda 3 Hatchback 2019

Mazda 3 Hatchback 2019 dengan aksesori

Mazda 3 Sedan 2019

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Autobahn on Jul 05, 2019 at 8:39 am

    Nampak laju tapi perlahan. Kepada sesiapa yang nak beli, peringatan, lorong kanan di lebuh raya untuk kenderaan laju. Bukan kenderaan nampak laju. Sekian

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required