Proton Savvy dengan sentuhan rekaan Geely – ok tak?

Proton Savvy dengan sentuhan rekaan Geely – ok tak?

Dengan segala perkembangan positif yang berlaku terhadap Proton melibatkan kerjasama dengan Geely ketika ini, jangan lupa terhadap usaha-usaha lama syarikat terbabit yang pernah bertungkus-lumus membangunkan model sendiri untuk dipertaruhkan dalam pasaran. Satu daripada kisah menarik episod berkenaan tentulah yang melibatkan Proton Savvy, sebuah percubaan berani untuk memasuki pasaran kereta hatchback kecil yang sejak sekian lama menjadi kubu kuat Perodua dalam pasaran tempatan.

Sekadar untuk memperingati model kompak berkenaan, Theophilus Chin menumpahkan imajinasinya, membayangkan sebuah Savvy generasi terbaru yang mengunakan sedikit sebanyak sentuhan rekaan dari beberapa model Geely sedia ada – tetapi masih mengekalkan reka bentuk utama Savvy seperti yang kita kenal sebelum ini.

Antara perkara yang diberi perubahan pada rekaan digital ini ialah garis bahu yang lebih ketara, bahagian tingkap dengan kemasan yang diubah sedikit, serta beberapa sentuhan yang lebih moden kepada Savvy. Antaranya, ia menggunakan rekaan gril baru Proton “Infinite Weave” dan “Ethereal Bow”. Lampu utama pula menggunakan jenis projector dengan rekaan dalamannya dipinjam dari X70. Bukaan udara di bahagian bawah pula menampilkan kemasan warna perak serta DRL LED.

Proton Savvy dengan sentuhan rekaan Geely – ok tak?

Bahagian belakang pula menggunakan rekaan lampu trapezoid dari Geely Binyue, disertai juga dengan ejaan nama Proton di atas jalur krom melintang di antaranya. Ruang untuk nombor plat pula dinaikkan dari bahagian bampar ke bahagian pintu ruang barangan. Ekzos yang dulu di tengah, kini dialih menggunakan dua corong di tepi. Rim lapan-jejari dengan rekaan turbin melengkapkan gaya kereta kompak ini.

Kereta dengan saiz ini boleh memanfaatkan enjin baru Geely, 1.0 liter turbocas tiga-silinder petrol yang digunakan pada Binyue. Walaupun unit berkenaan hanya diganding bersama kotak gear manual enam-kelajuan, ia mungkin akan menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh segelintirn penggemarnya, sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. Tetapi untuk kegunaan yang lebih meluas, tentulah transmisi automatik lebih sesuai. Ramai yang inginkan Savvy kembali dalam pasaran? Atau lebih selesa dengan Iriz yang juga lebih praktikal dan murah? Kongsikan pandangan anda.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Abdul Hakim on Jul 12, 2019 at 11:26 am

    Saya setuju savvy dijenamakan semula. Reka bentuk pun cun dengan transmisi 6 kelajuan. Tapi bab muka belakang dia saya kurang gemar, savvy sebelum ini ekzosnya di tengah dan lampu belakangnya juga kurang menarik sekali. Biarlah kereta kecik sekali pun, tapi biar nampak exclusive gitu. Rim yang bersaiz besar jugak membuatkan sesebuah kereta nampak lagi garang dan exclusive. Saya bagi pandangan sebab saya pengguna kereta proton savvy.

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 1
  • Nurherdawaty berlian on Jul 12, 2019 at 6:24 pm

    Ok

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  • Izzad on Jul 13, 2019 at 11:54 am

    Savvy dan satria neo patot buat comeback dgn enjin turbo ..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Alson on Jul 13, 2019 at 2:19 pm

    Pada pendapat saya pula savvy/Tiara perlu dijemanakan semula sebagai X30 (atau X10).. crossover mini dengan rekabentuk savvy/Tiara, rim bersaiz besar, enjin geely 1.0L i3 turbocharged 6 speed manual.. dewasa ini sedia maklum pasaran crossover/suv semakin mendapat tempat pengguna di Malaysia..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Savius on Sep 22, 2019 at 4:20 pm

    Saya lebih setuju jika proton putra dibikin semula dengan sentuhan baru dan segar.. kalau boleh biar rupa dan bentuknya ala ala muscle car… perghhhh… sapa setuju like!!!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 3
 

Add a comment

required

required