Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M 2020 terima peningkatan ketara sejak 2015, suspensi dan elektronik diperelok

Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M 2020 terima peningkatan ketara sejak 2015, suspensi dan elektronik diperelok

Semasa pusingan perlumbaan WSBK di Laguna Seca, Yamaha membuat kejutan dengan pengenalan YZF-R1 dan YZF-R1M 2020. Walaupun sudah beberapa kali dinaik taraf sebelum ini, versi terbaru tahun 2020 dikatakan memiliki peningkatan yang paling ketara untuk memberi lebih kepuasan kepada pengguna.

Perubahan panel badan yang anda lihat pada motosikal ini bukan sekadar untuk kosmetik, malah mendapat banyak inspirasi daripada jentera lumba M1 dan dikatakan dapat menjadikan ia 5% lebih aerodinamik. Untuk R1M, fairing hadapan serta panel belakang menggunakan bahan gentian karbon dan cuma dicat dengan sedikit jalur perak dan biru.

Enjin masih lagi adalah unit empat silinder 998 cc DOHC CP4 (crossplane), tetapi rocker arm, profail cam, head dan injector padanya telah diubah. Jumlah kuasa sebenar masih belum didedahkan tetapi Yamaha mendakwa enjin ini masih dapat mematuhi tahap emisi EU5.

Bagi model R1M, ia sekarang dinaik taraf dengan suspensi elektronik boleh laras sepenuhnya yang terdiri daripada fork Ohlins NPX dan monoshock Ohlins 4.7 inci di belakang. Model R1 biasa pula masih menggunakan padanan fork dan monoshock Kayaba boleh laras sepenuhnya tetapi ia telah ditala semula untuk memberikan prestasi lebih baik.

Untuk bahagian kawalan, R1 2020 kini dinaik taraf dengan sistem ride-by-wire APSG (Accelerator Position Sensor Grip) baru. Kemudiannya, pada bahagian elektronik peningkatannya adalah termasuk dua tetapan untuk ABS dan tiga tetapan untuk Engine Brake Management (EBM) – dua ciri ini juga boleh dilaras menggunakan aplikasi pada telefon pintar. Secara keseluruhannya pada R1 202 ini, terdapat tujuh pembantu elektronik yang boleh dilaras secara berasingan.

GALERI: Yamaha YZF-R1 2020

GALERI: Yamaha YZF-R1M 2020

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required