BMW Concept 4 – petunjuk coupe sporty masa depan

BMW Concept 4 – petunjuk coupe sporty masa depan

Industri automotif sekarang tengah rancak dengan pengenalan model baru di Frankfurt Motor Show. BMW juga tidak ketinggalan, dengan menunjukkan Concept 4, yang memberikan gambaran awal kepada coupe sporty masa hadapan mereka, dengan penekanan kepada barisan model 4 Series.

Dari depan, perhatian terus ditarik ke gril kidney yang besar, dan sekiranya diperhati lebih dekat, selain daripada bintik krom, ia juga mempunyai jeriji yang membentuk nombor 4. Gril ini juga mendapat inspirasi daripada model lama 328 dan 3.0 CSi.

Lampunya pula dijadikan lebih nipis, dengan elemen LED padanya tidak mempunyai pelindung seperti lampu biasa. Sebaliknya, ia disepadukan dengan badan kenderaan seperti ukiran 3D, dan BMW mendakwa ia memberikan kecanggihan teknikal di bahagian depan kenderaan. Bonet pula mempunyai lekuk yang boleh dilihat jelas manakala bampar direka agresif dengan bukaan udara yang besar.

Melihat dari tepi, kombinasi jarak roda yang panjang, bahagian depan yang pendek serta bumbung yang beralun menjadikan kereta ini nampak dinamik. Badannya juga mempunyai lekuk tersendiri, dan apabila digabungkan dengan warna Forbidden Red, menghasilkan satu visual yang menarik.

Di bahagian belakang, Concept 4 ini nampak lebih kemas kerana bentuk but bersambung terus daripada bumbung manakala lampu LED (dibuat daripada gentian optik) dijadikan lebih leper. Rekaan unik lain pada model ini adalah seperti cermin sisi nipis dengan logo BMW terapung, rim 21 inci, diffuser belakang yang besar dan muncung ekzos berpetak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required