Subaru Impreza facelift 2020 dilancarkan di USA

Subaru Impreza facelift 2020 dilancarkan di USA

Subaru telah melancarkan Impreza facelift baharu di pasaran Amerika Syarikat dengan kelengkapan dan ciri keselamatan yang lebih baik. Di luarannya, kedua-dua versi sedan dan hatch lima-pintu menerima bampar hadapan dan rekaan gril baharu, sementara lampu belakangnya telah direka semula untuk versi hatch. Warna baharu Ocean Blue Pearl turut diperkenalkan.

Ditawarkan dengan empat varian – Base, Premium, Sport dan Limited – dengan kesemuanya dijanakan oleh enjin 2.0 liter melintang-mendatar empat-silinder, output sehingga 152 hp dan tork 196 Nm. Transmisi manual lima-kelajuan secara standard, dan pilihan Lineartronic CVT yang dipertingkatkan dengam mod manual tujuh-kelajuan serta pedal penukar gear.

Bagi varian Impreza Sport, dilengkapi dengan aloi kemasan-machine 18-inci baharu dan talaan suspensi unik dengan Active Torque Vectoring. Ia turut menerima pemilik mod pandu SI-Drive, dengan mod Intelligent dan Sport.

Kemasan luaran istmewa untuk Impreza Sport ialah gril hadapan hitam berkilat, panel rocker hitam, kemasan tailgate hitam berkilat (untuk hatch), spoiler belakang (sedan sahaja) dan kemasan dalaman unik termasuk upholstery hitam/kelabu dengan jahitan merah, tolok Sport dan paparan pelbagai-fungsi.

Untuk ciri standard, semua varian menerima sistem infotainmen Starlink. dengan saiz skrin dari 6.5-inci untuk model asas, hingga lapan-inci untuk varian yang lebih mahal. Sistem skrin sesentuh turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, bebas tangan Bluetooth, dan audio streaming. Untuk skrin lapan-inci turut menambah keupayaan WiFi hotspot dna NFC, serta navigasi GPS dengan sokongan suara.

Bagi ciri keselamatan, ada perubahan besar untuk Impreza 2020. Ini bermula dengan model CVT, ia menerima bantuan pemandu Subaru EyeSight sebagai standard, merangkumi Automatic Pre-Collision Braking dan Throttle Management, Lane Keep Assist, Lane Departure dan Sway Warning serta Lead Vehicle Start Alert. Pengunci pintu berkuasa automatik dengan fungsi collision detection unlock, tujuh beg udara, dan kamera undur standard untuk semua varian.

Ia juga memberikan pilihan kit yang lebih banyak termasuk moonroof larasan kuasa, sistem bunyi Harmon Kardon, pengesan titik buta dengan bantuan menukar lorong dan kepekaan lintasan trafik belakang.

Akhir sekali, pelanggan yang membeli pakej Starlink Safety dan Security menerima manfaat seperti bantuan kecemasan SOS, bantuan tepi jalan yang dipertingkatkan, notifikasi pelanggaran automatik, kawalan penghidup enjin dengan kawalan suhu dan tempat duduk haba panas, servis pelindungan kenderaan yang dicuri, notifikasi bunyi keselamatan kenderaan, kawalan mengunci/membuka kunci, kawalan pengesan kenderaan, dan ciri kelajuan dan sebagainya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required