Mior Muhammad Hafiz sandang nama Malaysia berlumba di FIA Motorsport Games, Itali minggu ini

Mior Muhammad Hafiz sandang nama Malaysia berlumba di FIA Motorsport Games, Itali minggu ini

Hari biasa, anda mungkin boleh berjumpa Mior Muhammad Hafiz, 31 tahun sebagai penjual gerai air Milo di Puchong. Namun dengan bergelar juara eRacing Grand Prix Asia Tenggara untuk peringkat Malaysia baru-baru ini, Hafiz telah terbang ke Rome, Itali bagi mewakili negara dalam FIA Motorsport Games yang akan berlangsung esok hingga 3 November 2019.

Buat masa sekarang, perniagaan gerai airnya berkenaan akan dihentikan buat sementara kerana Hafiz kini lebih fokus sebagai seorang pelumba e-racing professional, dan dia juga sebenarnya berpeluang menjadi seorang pelumba profesional selari dengan visi pengasas Axle Motorsport yang juga bekas pemandu F1 negara, Alex Yoong yang mahu melahirkan pelumba sebenar menerusi penganjuran eRacing Grand Prix SEA di Malaysia.

“Berlumba sentiasa menjadi impian saya sejak kanak-kanak dan saya bersyukur kerana mendapat sokongan berterusan dari keluarga dan tidak dilupakan Axle Motorsport terutamanya Alex Yoong kerana memberikan saya peluang sebegini membolehkan saya lebih hampir dengan impian untuk menjadi pelumba profesional,” kata Hafiz.

“Saya akui ini bukan tugas mudah buat saya. Pada mulanya, ia hanya sebagai hobi dan ia kemudian menjadi lebih serius. Ayah saya yang membuat simulator perlumbaan pertama saya dari mula dan saya menggunakannya sehingga kini. Saya mengambil keputusan untuk mengambil e-perlumbaan ini ke peringkat lebih serius, saya mula mengambil bahagian dalam berberapa kejohanan dan saya berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan Toyota Velocity eSports tahun lalu. Sejak dari itu, saya tahu saya boleh perbaiki diri saya dan memenangi eRacing Grand Prix SEA benar-benar merubah hidup saya,” tambahnya lagi.

Dalam perlumbaan peringkat antarabangsa FIA Motorsport Games yang akan berlangsung hujung minggu ni, Hafiz akan mewakili Malaysia untuk berlumba dengan bintang e-perlumbaan lain seperti Mikael Hizal (Jerman) dan Nicola Latkovski (Australia) dalam kategori Digital Cup.

Mior Muhammad Hafiz sandang nama Malaysia berlumba di FIA Motorsport Games, Itali minggu ini

“Pertama sekali, menjadi satu penghormatan buat saya untuk mewakili Malaysia dalam peringkat antarabangsa. Saya tidak pernah membayangkan ia secepat ini kerana memori ketika menang eRacing Grand Prix SEA masih lagi baru buat saya. Kali ini, persaingan adalah dalam peringkat lebih tinggi dengan pemandu-pemandu simulator terbaik dari seluruh dunia bertanding untuk merebut hadiah utama. Saya perlu lebih fokus dan tidak mahu perasaan gementar menjejaskan prestasi,” terangnya lagi.

Sebelum berangkat, Hafiz dilatih dari segi mental dan fizikal setiap hari oleh Alex Yoong seperti pelumba sebenar. Dia bukan sahaja berlatih sekurang-kurangnya lima jam sehari di atas simulator bagi menyesuaikan diri dalam pelbagai litar dalam setiap situasi, malah turut di bawa ke gim untuk latihan fizikal.

Setakat ini Alex Yoong berpuas hati dengan prestasi Hafiz dan yakin dia boleh melakukan kejutan di kejohanan besar berkenaan. “Apabila bercakap berkenaan Mior, saya tahu bagaimana berbakatnya dia terutamanya dalam aspek perlumbaan simulator. Saya telah memantau pembangunannya sejak berakhirnya eRacing Grand Prix SEA dan saya boleh lihat berberapa penambahbaikkan yang positif,” kata Alex.

“Saya tahu ini adalah pengalaman pertamannya bertanding dalam peringkat antarabangsa dan tahap kesusahan pertandingan adalah sangat tinggi kerana pelumba-pelumba terbaik turut menyertainya. Oleh itu, kami hanya fokus kepada Pasukan Malaysia dan akan terus bekerja keras kerana apa-apa pun boleh terjadi ketika di litar,” tambah Alex lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required