Hyundai LaFesta EV tiba di China – 490 km sekali cas

Hyundai LaFesta EV tiba di China – 490 km sekali cas

Syarikat usaha sama BAIC Motor dan Hyundai Motor Company, iaitu Beijing Hyundai baru saja mendedahkan LaFesta EV di acara pameran Auto Guangzhou di China. Model ini akan dipasarkan di negara itu awal tahun depan, dan merupakan satu versi elektrik penuh kepada model LaFesta yang diletakkan di bawah Sonata.

Dengan menggunakan enjin tanpa emisi, rekaan luar LaFesta EV ini dapat dijadikan berbeza berbanding LaFesta biasa, terutamanya dapat dilihat pada panel tertutup rapi yang menggantikan tempat gril biasa dan cuma terdapat logo syarikat itu pada tempat mengecas. Di tepinya terdapat jalur krom serta lampu utama jenis LED, manakala bahagian bawah bampar dijadikan lebih ringkas.

Perubahan lain adalah di bahagian belakang, dengan bampar yang lebih aerodinamik dan mempunyai pemantul cahaya nipis sepanjang bahagian bawahnya. Memandangkan ini adalah sebuah kenderaan elektrik, tiada ekzos yang dapat dilihat dan bahagian itu menempatkan diffuser yang kecil. Rekaan rim seperti kipas dikatakan membantu ciri aerodinamik.

Masuk ke dalam, bahagian kabinnya sama sahaja dengan LaFesta biasa, termasuk panel instrumen tujuh inci dan skrin infotainmen 10.25 inci di tengah. Hanya konsol tengah sahaja yang unik untuk model EV ini, demi memadankannya dengan pemilih gear shift-by-wire.

Pada aspek keselamatan, LaFesta EV dilengkapi dengan enam beg udara dan beberapa sistem bantuan pemandu lain seperti Blind-Spot Collision Avoidance Assist, Forward Collision-Avoidance Assist, Safe Exit Warning dan Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist.

Untuk penggeraknya, Hyundai tidak mendedahkan secara terperinci dan cuma mengesahkan penggunaan bateri lithium-ion 56.5 kWh yang mampu memberi jarak gerak sehingga 490 km dengan satu cas penuh. Bateri tersebut memberikan kuasa kepada motor elektrik 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan tork 310 Nm.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required