Terlalu banyak perkara yang boleh diperkatakan tentang Toyota Supra A90 2019 ini, yang dilancarkan untuk pasaran tempatan pada September lalu. Sejarahnya pun panjang. Kalau diringkaskan mungkin lebih mudah begini; 17 tahun lalu Supra diberhentikan pengeluarannya atas sebab kos operasi/pengeluaran syarikat.
Dan di dalam penampilan terbaru ini, Toyota bekerjasama dengan BMW untuk menghasilkannya. Ia diasaskan menggunakan model raodster BMW Z4 generasi terkini, dan dikeluarkan oleh kilang yang sama di Austria. Jadi, adakah antara kedua-dua model berkenaan sangat mirip dengan prestasi yang identikal atau sebaliknya?
Tentulah soalan ini tidak akan dijawab panjang lebar di sini. Mengapa? Jika anda ingin tahun lebih lanjut tentang Toyota Supra A90 2019 ini, serta pengalaman kami memandu uji kereta sport terbaru jenama Jepun berkenaan, luangkan masa untuk membaca laporan pandu uji yang pernah kami sediakan sebaik saja pelancarannya dahulu.
Segala cerita tentang latar belakang projek ini, pengalaman pemanduannya, aspek prestasi dan sebagainya telah disentuh dengan agak menyeluruh. Cuma kali ini, apa yang ingin bawakan kepada anda ialah galeri penuh yang lebih terperinci tentang Supra A90 ini. Mungkin ramai yang belum pernah mendekati model ini untuk membelek dari dekat. Maka, galeri ini akan memberi gambaran sehampir mungkin terhadap penawaran yang ada pada model terbabit. Silakan.



Toyota Yaris Cross
dari RM 99,900
Toyota Hilux
dari RM 226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM 198,000
Toyota bZ4X
dari RM 220,000
Toyota GR Yaris
dari RM 315,600
Toyota GR Corolla
dari RM 368,950
Toyota Camry
dari RM 221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM 133,800
Toyota Hiace
dari RM 169,000
Jelas toyota stagnant didlm perlumbaan teknologi permotoran. Terpaksa menggunakan teknologi bmw utk engine, gear dan jugak kokpit yang rata rata dari bmw f30 2010. Dengan harga hampir 600k kuasa kuda yg tak cecah 400hp. Tiada apa yang hendak dibanggakan.