Volkswagen adakan jualan eksklusif menerusi Instagram pada 12.12 – diskaun hingga RM12k

Volkswagen adakan jualan eksklusif menerusi Instagram pada 12.12 – diskaun hingga RM12k

Sana sini promosi jualan 12.12, sampaikan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) pun turut mengambil kesempatan menganjurkan jualan eksklusif sempena tarikh berkenaan. Ini bukan pertama kali VPCM menjual kereta menerusi dalam talian. Jika beberapa tahun sebelum ini, VPCM menggunakan platform e-dagang terkemuka, Lazada, untuk menjual keretanya, tapi untuk 12.12 tahun ini, mereka memilih untuk menganjurkan jualan eksklusif menerusi Instagram pula. Dan ini merupakan kali pertama jenama automotif menjual kereta menerusi platform media sosial di Malaysia.

Untuk sehari sahaja iaitu hanya 24 jam, VPCM menawarkan sebanyak 12 unit Polo dilengkapi pakej aksesori JOIN dan 12 unit Beetle bersama spoiler dan VW Tint percuma akan dijual di kedai Instagram Volkswagen Malaysia (@volkswagenmalaysia) dengan diskaun sebanyak RM12,000.

Untuk menikmati tawaran eksklusif ini, pelanggan perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM500 untuk Polo dan RM1,000 bagi Beetle menggunakan platform pembayaran kad kredit. Sebaik sahaja diproses, pelanggan akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk mengatur pengedar yang mereka inginkan, seterusnya melengkapkan proses pendaftaran dan penyerahan kenderaan.

“Volkswagen Malaysia merupakan perintis dalam usaha ini apabila kami bekerjasama dengan Lazada untuk menjual Beetle dan Polo edisi khas pada jualan 12.12 dua tahun lalu. Kedua-dua edisi itu habis dijual hampir serta-merta. Tahun ini, kami akan meneruskan usaha dengan menjadi jenama automotif pertama di Malaysia yang menjual produk melalui Instagram. Kami tidak sabar untuk mencatat sejarah baru,” ujar Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Jualan akan bermula pada 12.01am dan berakhir 11.59pm pada 12 Disember 2019. Maklumat lanjut, sila ikuti laman Instagram Volkswagen Malaysia di @volkswagenmalaysia.

GALERI: Volkswagen Polo dengan pakej aksesori JOIN

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required