Waze kini paparkan lokasi tambah nilai Touch n Go

Selain ciri Kadar Tol, ini ada satu lagi ciri terbaru yang berguna yang boleh anda dapatkan dari Waze kini. Aplikasi tunjuk arah itu turut menyenaraikan 500 lokasi untuk tambah nilai Touch n Go tanpa caj yang terdapat di seluruh negara.

Dengan ini, anda tidak perlu lagi risau di mana anda boleh menambah nilai kad Tounch n Go yang disebahagian tempat akan dikenakan caj tambahan 50 sen. Kini Waze boleh menunjukkan lokasi berdekatan anda untuk berbuat demikian. Kami mencuba sendiri apilikasi berkenaan untuk melihat tawaran ciri terbaru ini; anda boleh melihatnya pada imej tangkap layar yang disediakan.

Apa yang perlu dilakukan ialah gunakan ruang carian dan masukkan “Touch n Go reload” dan pilih paparan yang menampilkan logo Touch n Go dalam senarai yang dipaparkan. Klik pilihan berkenaan, dan ia akan menunjukkan jarak anda daripada tempat reload terdekat, serta makluman “tambah nilai tanpa caj” ada tertera di bawah.

Lepas ini, mudah lebih mudah untuk pengguna mendapatkan maklumat berkaitan Touch n Go dan boleh membuat tambahan nilai pada kad tanpa perlu membayar caj tambahan 50 sen itu lagi. Dalam masa terdekat, Waze turut akan menyertakan maklumat berkaitan lokasi pusat pemasangan Touch n Go RFID dan tempat letak kereta bebas surcaj ke dalam aplikasi berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required