Modenas akan lancar beberapa model Kawasaki pada tahun ini – standard teknikal pemasangan ikut KHI

Modenas akan lancar beberapa model Kawasaki pada tahun ini – standard teknikal pemasangan ikut KHI

Kawasaki Heavy Industries (KHI) sememangnya sudah mempunyai pegangan ekuiti dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), namun tahun lepas ia ditingkatkan kepada 30%. Berita ini turut manambahkan keterujaan kepada orang ramai dengan harapan model Kawasaki akan berada dalam pasaran dalam harga yang lebih murah.

Dalam perkembangan terbaru, semasa acara tunggang uji Pulsar NS200 ABS ke Melaka, ketua pegawai eksekutif Modenas, Roslan Roskan memberitahu para media bahawa tahun ini Modenas akan melancarkan beberapa model Kawasaki untuk pasaran Malaysia.

Tambah beliau, walaupun model-model ini akan dipasang oleh Modenas, pengguna tidak perlu risau berkenaan kualiti kerana ia akan mengikut spesifikasi teknikal dan berada di bawah seliaan KHI.

Modenas akan lancar beberapa model Kawasaki pada tahun ini – standard teknikal pemasangan ikut KHI

Berkenaan model dan segmen motosikal tersebut, ia tidak diberitahu, dengan jawapan masih dalam kajian, tetapi Roslan ada merujuk kepada model yang sudah sedia popular dalam pasaran Malaysia dan menyebut nama Ninja serta Versys.

Ini seterusnya menimbulkan pertanyaan lain, seperti apa pula tugas Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) selepas itu. Adakah syarikat itu turut akan mempunyai bahagian sendiri dalam kerjasama Modenas dan KHI? Mungkinkah juga (KMSB) cuma akan memasarkan model CBU selepas ini? Bersama kita tunggu pengumuman daripada KMSB pula selepas ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required