Hummer kembali sebagai trak elektrik GMC 1,000 hp

Daripada sebuah model yang ganas, General Motors kini mahu menghidupkan kembali Hummer sebagai sebuah kenderaan elektrik. Bukan itu sahaja, ia juga nanti akan menggunakan lencana GMC apabila masuk dalam pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2021, dan dipanggil sebagai GMC Hummer EV.

Sebagai pra tonton awal, GMC telah mengeluarkan beberapa video teaser untuk Hummer baru ini, dengan antaranya menunjukkan ia mempunyai kuasa, tork dan kelajuan tinggi – 1,000 hp, 15,591 Nm tork dan pecutan 0-96 km/j (0-60 bsj) dalam masa 3.0 saat.

Kalau anda tengok jumlah tork tersebut, 15,591 Nm memang nampak agak keterlaluan. Ia sebenarnya adalah tork roda dan bukan tork enjin yang biasa digunakan. Tork roda biasanya bersamaan dengan tork enjin digandakan dengan nisbah pacuan transmisi. Jumlah yang dikeluarkan ini mungkin boleh membawa kepada salah faham dan tork sebenarnya nanti mungkin lebih masuk akal.

Dalam video ini juga, setiap kali Hummer tersebut keluar dengan perinciannya, ia tidak mempunyai sebarang bunyi, dengan tulisan kata-kata seperti “Bersedia, satu revolusi yang senyap akan berlaku.” GMC turut menyatakan “Elektrik penuh. Tiada emisi. Tiada had.”

Melalui khabar yang sampai, Hummer baru ini akan dikeluarkan di kilang GM Detroit-Hamtramck, yang dikatakan sedang diubah suai untuk mengeluarkan hanya kenderaan elektrik. Bentuk sebenarnya dijangka dapat dilihat pada 20 Mei nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required