Kerajaan tetap bertegas batalkan permit import terbuka yang dijual kepada pihak ketiga – Tun Mahathir

Kerajaan tetap bertegas batalkan permit import terbuka yang dijual kepada pihak ketiga – Tun Mahathir

Pada Oktober tahun lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan sebanyak sembilan syarikat telah disenarai hitamkan apabila didapati menyalahgunakan Permit Import (AP) Terbuka untuk mengimport dan menjual kenderaan bermotor.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian kerajaan yang akan menarik balik mana-mana AP yang dijual kepada pihak ketiga.

Menurut Tun Mahathir, langkah ini adalah bagi memastikan AP berkenaan benar-benar digunakan secara tersusun dan tertib.

“Apabila mereka menerima kontrak umpamanya, mereka jual. Ada yang dapat AP atau lain-lain bantuan daripada kerajaan, mereka mencari jalan mudah dengan menjual peluang ini kepada pihak lain untuk mendapat keuntungan lebih awal.

Kerajaan tetap bertegas batalkan permit import terbuka yang dijual kepada pihak ketiga – Tun Mahathir

“Akhirnya apabila wang yang mereka dapat itu telah habis dibelanjakan, mereka terus miskin seperti dahulu,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Jelas beliau lagi, di bawah Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada 1970 dahulu, banyak peluang diwujudkan kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk meraih sebahagian daripada kekayaan negara, namun ada yang menggunakannya sebagai jalan mudah untuk meraih keuntungan.

Menurutnya ia adalah antara perkara yang menghalang kepada kejayaan dasar-dasar negara.

Pada Mac 2019, MITI turut berkata, proses untuk memohon AP terbuka ini dilakukan secara telus, berikutan ada pihak yang menuduh kerajaan telah meluluskan sebanyak 39 pemegang AP baharu. Malah menterinya, Datuk Darell Leiking menegaskan, bagi pemegang AP yang didapati menyeleweng permit terbabit, sekiranya ada bukti yang mengesahkan salah laku tersebut, hukuman yang sewajarnya akan dikenakan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required