Geely Haoyue 2020 – model SUV besar akan dilancar

Geely Haoyue 2020 – model SUV besar akan dilancar

Geely bakal memperkenalkan model SUV terbesarnya tidak lama lagi, selepas pengelaur kereta ini telah menayangkan empat keping imej model Haoyue menerusi Facebook rasmi mereka. SUV terbabit dikhabarkan bakal dijual di pasaran terpilih dalam tahun ini juga.

Berukuran 4,835 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,780 mm tinggi dan jarak rodanya 2,815 mm, dimensi bagi Geely Hauyue hampir dengan Mazda CX-8, SUV tujuh-tempat duduk. CX-8 memiliki ukuran 4,900 mm panjang (+65 mm), 1,840 mm lebar (-60 mm), 1,730 mm tinggi (-50 mm), dan jarak roda 2,930 mm (+115 mm).

Menurut Geely, Haoyue bermaksud “lebih dari apa yang anda ingini”, iaitu memberikan lebih banyak ruang dan sudut pandangan yang lebih lebar. Bagi rekaannya, SUV ini menampilkan overhang untuk hadapan dan belakang yang lebih pendek, lapisan plastik pada bahagian bawah badan dengan skid plate dan gril radiator Expanding Cosmos yang besar bersama lencana Geely berwarna hitam.

Antara ciri yang kelihatan termasuklah lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, bampar hadapan yang rendah dengan disambungkan corong pengambilan udara, roda dua-tona 19-inci dengan tayar Kumho Crugen 225/55, perumah cermin sisi krom dan varian paling tinggi turut menerima rel bumbung, tapi tidak dipastikan sama ada ia ada fungsi atau pun sekadar kosmetik sahaja.

Untuk bahagian belakang, ciri yang ditampilkan termasuk lampu LED yang langsing, disambungkan dengan jaluran krom bersama tulisan Geely, dan di seksyen bawah ada lampu kabus LED bersama diffuser. Turut ditampilkan termasuklah antena ‘sirip jerung’ dan spoiler belakang yang disambungkan dengan lampu brek ketiga.

Untuk pertama kali, imej kabin Haoyue turut didedahkan, dan ternyata ia menampilkan rekaan yang menarik termasuk dengan ruang dalaman yang luas. Ciri dominan termasuk bumbung kaca panoramik yang luas, tetingkap yang besar, pencahayaan ambien LED dan sekurang-kurangnya kawalan suhu emat-zon. Walau bagaimana pun tiada corong udara pada B-pillar.

Geely Haoyue 2020 – model SUV besar akan dilancar

Selain itu, ia turut menampilkan paparan skrin sesentuh ‘freestanding’ besar, penukar gear elektronik, perehat tangan tengah bukaan berasingan, balutan kulit upholstery dengan jahitan kontras warna putih dan pelapik pintu balutan kulit dengan jahitan kontras. Ia juga dijangka didatangkan dengan sekurang-kurangnya enam beg udara dan dua cagak isofik untuk setiap barisan tempat duduk kedua dan ketiga.

Untuk penjana kuasa, ada laporan mengatakan Haoyue akan dijanakan oleh enjin sedia ada 1.5 liter dan 1.8 liter pengecas turbo, dengan unit petrol suntikan terus bahan api tiga-silinder. Ia mampu menghasilkan 174 hp dan tork 255 Nm, dan dipadankan sama ada dengan kotak gear automatik enam-kelajuan atau dwi-klac tujuh-kelajuan.

Enjin 1.8 liter empat-silinder suntikan terus mungkin menjadi unit terbaharu yang menepati standard emisi National 6B yang digazetkan oleh China. Enjin yang diperkenalkan menerusi Boyue Pro, mampu menghasilkan 181 hp dan tork 399 Nm (meningkat 15 Nm berbanding sebelum ini) dan telah menggugurkan kotak gear automatik enam-kelajuan yang lama dan digantikan dengan unit dwi-klac tujuh-kelajuan. Bagi DCT pula, Geely berkata, ia memberikan penjimatan sehingga 97%, mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak satu liter bagi 100 km berbanding Boyue yang asal.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required