Prasarana umum perkhidmatan bas, tren beroperasi sepanjang 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan

Prasarana telah mengumumkan semua perkhidmatan bas dan tren kendaliannya akan beroperasi seperti biasa sepanjang 14 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020 ini adalah salah satu langkah untuk mencegah penyebaran wabak pandemik COVID-19 daripada terus menular.

“Perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling; MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, Laluan Monorel, Bas Rapid Transit Laluan Sunway dan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung akan bermula operasi seperti biasa dengan jadual kekerapan hari bekerja. Bagaimanapun, pemantauan akan dibuat kemudian untuk memastikan kesesuaian jadual kekerapan yang digunakan.

“Memandangkan perintah pergerakan terhad ini diarahkan buat pertama kali, kami perlu memastikan kekerapan yang sesuai kerana belum dapat memastikan jumlah penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan kami pada hari esok dan sepanjang tempoh perintah pergerakan terhad ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pengangkutan khususnya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum apa jua keputusan diambil berhubung dengan kekerapan perjalanan tren dan bas kendalian Prasarana itu.

Beliau turut mengesahkan bahawa Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni akan dibuka seperti biasa untuk kemudahan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar dan warga emas mendapatkan diskaun 50% untuk perjalanan mereka.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required