
Perodua menerusi Presiden dan CEOnya, Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengumumkan mereka akan menangguhkan semua operasi syarikat itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Malaysia semalam untuk menangani pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara.
Oleh itu operasi di ibu pejabat Perodua serta fasiliti pengeluaran, pusat-pusat jualan dan servis serta pusat-pusat Badan & Cat jenama berkenaan di seluruh negara akan ditutup dari 18hb-31hb Mac 2020, atau tertakluk kepada sebarang pengumuman baharu daripada pihak kerajaan dari semasa ke semasa.
Ini bermaksud, semua penghantaran kenderaan baharu, servis serta perkhidmatan Badan & Cat dijangka akan beroperasi semula hanya selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.
Kakitangan cawangan Perodua yang berkenaan akan menghubungi pelanggan-pelanggan dalam tempoh ini sekiranya perlu untuk memberi penjelasan dan makluman mengenai situasi ini. Perodua turut menyatakan bahawa mereka menghargai kesabaran pelanggannya buat masa ini, dan berharap agar semua rakyat Malaysia dapat memberikan kerjasama penuh dengan mengikuti segala arahan kerajaan serta mengehadkan pergerakan mereka sebanyak mungkin untuk mengelakkan dari dijangkiti COVID-19.
Pelanggan boleh menghubungi talian bebas toll Perodua Auto Assist, 24 jam sehari, 7 hari seminggu di 1-800-88-5555 jika anda mengalami sebarang isu dengan kenderaan mereka dalam tempoh ini.

Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM80,000
Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM72,900