GrabFood bagi pilihan ambil sendiri pesanan makanan

GrabFood bagi pilihan ambil sendiri pesanan makanan

Kepada yang selalu menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan seperti GrabFood, FoodPanda dan sebagainya, anda tentu sudah sedia maklum bahawa setiap penghantaran akan dikenakan caj, berasingan daripada jumlah bayaran yang dikenakan terhadap makanan yang dipesan. Itu sudah tentulah boleh difaham – pelanggan membayar untuk servis yang disediakan.

Tetapi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, jika anda bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan seumpama itu, maka kos yang perlu dikeluarkan untuk setia kali waktu makan bagi anda dan seisi keluarga tentulah akan melonjak naik.

Untuk mengatasi situasi itu (sebagai pilihan bagi mereka yang terbeban dengan kos penghantaran itu), GrabFood kini memperkenal kaedah baru untuk memudahkan dan menjimatkan sedikit wang pelanggan – ia dikenali sebagai “Self Pick-Up”. Melalui cara ini, pelanggan boleh menggunakan aplikasi berkenaan seperti biasa, tetapi dengan pilihan untuk datang mengambil pesanan itu sendiri dan bukannya dihantar oleh rider.

GrabFood bagi pilihan ambil sendiri pesanan makanan

“Selari dengan PKP ini, kami komited untuk memberi layanan yang terbaik dan selamat sebagai keutamaan. Kami memperkenalkan Self Pick-up, suatu cara untuk mengurangkan pertembungan dengan orang lain, tanpa menggunakan wang tunai dan memendekkan waktu menunggu. Pelanggan hanya perlu pesan daripada restoran yang ikut serta, bayar dahulu melalui aplikasi, dimaklumkan bila pesanan hampir siap dan datang ambil sendiri di restoran,” jelas kenyataan dari Grab.

Pelanggan hanya perlu menggunakan kategori Self Pick-up dalam aplikasi berkenaan dan buat pesanan seperti biasa. Bila makanan hampir siap, anda boleh pergi dan ambil sendiri di restoran. Dengan menggunakan pilihan ini, pelanggan akan jimat RM5 kos penghantaran. Antara restoran yang terlibat ialah termasuk Texas Chicken, Old Town, KGB dan Salad Atelier.

Sekadar peringatan, sepanjang tempoh PKP, semua orang perlu duduk di rumah. Keluar hanya jika ada urusan penting melibatkan hal-hal berkaitan stok makanan dan kesihatan sahaja – hanya seorang wakil keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar jika ada keperluan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required