Pada 25 Mac lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan arahan kepada semua bank untuk memberikan penangguhan bayaran semula pinjaman selama enam bulan kepada pelanggan mereka, bermula 1 April hingga 30 September 2020. Ini termasuklah bayaran semula pembiayaan sewa beli kenderaan.
Ini adalah untuk bank, sementara pemberi khidmat kredit lain pula tidak termasuk dalam kategori di bawah arahan BNM ini dan mereka tidak perlu memberikan penangguhan bayaran semula tersebut. Ini termasuklah Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM), yang menyatakan mereka bukan terletak dalam kategori bank berlesen atau institusi kewangan di bawah arahan BNM.
Dengan itu, syarikat yang merupakan cabang pembiayaan kewangan di bawah Mercedes-Benz Malaysia ini menyatakan mereka terus menerima bayaran bulanan seperti biasa. Walaubagaimanapun, mereka sedar terdapat pelanggan yang menghadapi kesukaran dan sedang berusaha untuk memberikan penyelesaian lain. Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 1-800-88-1133 (pilih #2) atau hantarkan emel ke [email protected]


Mercedes-Benz AMG CLE
dari RM 722,888
Mercedes-Benz EQV
dari RM 450,350
Mercedes-Benz G-Class
dari RM 958,888
Mercedes-Benz AMG GT
dari RM 1,882,888
Mercedes-Benz Maybach EQS SUV
dari RM 1,088,888
Mercedes-Benz AMG G-Class
dari RM 1,948,888
Mercedes-Benz AMG GLC Coupe
dari RM 498,888
Mercedes-Benz AMG GLE
dari RM 1,191,888
Mercedes-Benz E-Class
dari RM 355,888