Sebelum ini, kami ada menyiarkan informasi mengenai BMW Malaysia yang telah mengemaskini harga bagi model 330i M Sport dan 320i Sport, di mana kedua-dua model CKD tersebut mengalami peningkatan harga sebanyak RM5,000. 330i M Sport kini berharga RM293,800, berbanding RM288,800 ketika versi pemasangan tempatan ini diperkenalkan pada September lalu. Manakala 320i Sport pula kini berharga RM248,800 tanpa insurans (sebelum ini RM243,800).
Peningkatan harga tersebut disusuli dengan penambahan kit pada model terbabit, yang kini didatangkan dengan pakej Bantuan Pemanduan, yang turut menambah beberapa ciri keselamatan seperti Amaran Ketibaan Lorong, Amaran Penukaran Lorong (dengan speedometer visual), amaran lintasan trafik belakang dan pengelak pelanggaran belakang, amaran pelanggaran hadapan disusuli tindakan balas brek (AEB) dan info pengehad kelajuan dengan bantuan pengehad kelajuan manual.
Selain ciri tambahan tersebut, 320i Sport masih kekal dengan pakej Bantuan Pemanduan sedia ada termasuklah Attentiveness Assistant, kawalan kelajuan pasif dengan fungsi brek, bantuan parkir dengan bantuan undur dan kamera pandangan belakang.
Penambahan ciri ini telah disahkan menerusi dokumentasinya yang memaparkan ciri kelengkapan untuk model terbabit. Maka, tidak mustahillah ia turut mengalami peningkatan harga seperti mana model 330i M Sport. Nampaknya pantas juga penambahan ciri dibuat pada model pemasangan tempatan yang dilancarkan pada Januari lalu.
GALERI: BMW 320i Sport G20 2020, CKD


BMW 3 Series
dari RM265,800
BMW M3 Touring
dari RM898,800
BMW iX1 L
dari RM252,800
BMW iX
dari RM425,800
BMW X3
dari RM325,800
BMW M5
dari RM1,188,800
BMW M4 Coupe
dari RM878,800
BMW 2 Series Gran Coupe
dari RM173,800
BMW 3 Series M
dari RM388,800