Jualan kenderaan Indonesia bakal jatuh 50% tahun ini

Jualan kenderaan Indonesia bakal jatuh 50% tahun ini

Kesan daripada wabak Covid-19 ketika ini tidak hanya dapat dirasakan sekarang, tetapi pastinya akan berlanjutan dalam tempoh masa yang lama. Kiranya, tahun 2020 sudah tamat untuk kita, baki tahun yang ada selepas ini adalah untuk ekonomi dunia merangkak keluar dan belajar untuk berjalan kembali – harapnya dengan segala perubahan untuk ke arah lebih baik dan meninggalkan kebobrokan lama.

Dari daripada kesan yang dimaksudkan ini ialah jangkaan angka jualan kenderaan di Indonesia; negara jiran yang terbesar itu meramalkan jualan kenderaan di sana akan merudum sebanyak 50% untuk tahun 2020 sebagai kesan wabak Covid-19 kerana permintaan domestik dan eksport yang semakin berkurangan, lapor Reuters. Ini didedahkan oleh Menteri Industri mereka, merujuk kepada jangkaan daripada Gaikindo.

Pada 2019, keseluruhan 1.03 juta kenderaan telah dijual di negara itu, sementara lebih daripada 843,000 unit dieksport dalam bentuk CKD dan CBU. Separuh daripada angka itu akan lenyap tahun ini.

Jualan kenderaan Indonesia bakal jatuh 50% tahun ini

Jualan kenderaan domestik bagi bulan Januari dan Februari jatuh 2.4% bagi tempoh sama tahun lalu kepada 159,997 unit. Eksport pula jatuh 21.5% kepada 103,765 unit. Dalam satu kenyataan, Gaikindo memohon untuk diberikan pelepasan cukai bagi industri itu kepada kementerian kewangan bagi membantu pengeluar berhadapan dengan kesan berkenaan.

Gaikindo memaklumkan kementerian industri Indoensia tentang masalah-masalah yang dihadapi ketika ini, antaranya kesukaran mendapatkan bekalan komponen daripada negara-negara yang sedang menjalani perintah berkurung, sementara sebahagian daripada ahlinya terpaksa memberhentikan pengeluaran bagi mengelak pekerja terjangkit dengan Covid-19.

Sektor automatif dilihat sebagai petunjuk utama kesihatan ekonomi di sana; jualan kenderaan domestik selalu digunakan untuk menilai tahap konsumsi pengguna, dan sektor sama turut menyumbang sebanyak 4% kepada GDP, tidak termasuk minyak dan gas. “Gangguan terhadap industri automotif akan memberi kesan kepada ekonomi nasional,” jelas kenyataan kementerian industri Indonesia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required